Latest Postings
Loading...

Development Economy

In Search of Excellence

Urban Development

Recent Post

Feb 14, 2017
3/2/17 KEYAKINAN ...

3/2/17 KEYAKINAN ...

dia lahir mudah saja
sempurna seperti yang lain-lainnya
punya tulang empat kerat
kudrat harta itulah syukur miliknya

dari pria menjadi tua
cita-citanya ringkas saja
biarlah anak cucunya punya Desa dan Nusa Negara
usianya habis juga cara mudah
saban hari ke kebun-sawah menebas, membajak dan mencangkul
dari kebun dia membina Desa
dari Desa harapannya terbina Nusa Negara
dia kepingin menjawab mudah Munkar Nakir
"di mana kamu habiskan masa, harta dan tenaga kamu?"
di perbaringan kekalnya nanti

Desa nan hijau, Nusa Negara nan makmur
Desa nan permai, Nusa Negara nan sejahtera
tidak lain, itulah jambatannya ke Syurga kekal
cukup ikhlas ibadahnya kepada Allahuakhbar


dia sudah semakin tua
pohon-pohon yang ditanam sudah kian tua-tua
mereka sama-sama segar dan menua
dia menumpang berteduh menepis lelah
melempar pandang merentas laut luas

alangkah pedih saat bayu menerpa wajah
dia mendengar khabar
bukan sekadar Desa malah Nusa Negaranya
dia sudah samar, semuanya mahu ke mana
ada tangan di Ibu Kota
katanya berpunya hati yang lupa Syurga di mana
Neraka sepertinya sedang tangan ini bina buat anak cucunya
bikin onar mengila
menjadikan hatinya terasa luka bernanah

biar lemah dia terus menebas membajak dan mencangkul
pohon-pohon baru tidak pernah lupa dia tanam
biar kebunnya terus subur
kekal menghijau nyaman
setidak-tidak anak cucunya ada taman berlarian

Desa Nusa Negaranya
kepada Allahuakhbar dia terus yakin bersandar
biar tuanya tersengal-sengal
namun lelahnya dia tepiskan
dia terus menebas membajak mencangkul
terus menanam hari ini untuk anak cucunya esok-esok, In Shaa Allah pasti ada




terasi, sadong jaya
14 Feb., 2014
Feb 11, 2017
2/2/17 PUTARAN GANAS AKAL DAN NAFSU .... akibatnya dan kewarakan menghapus segala? .....(draft)

2/2/17 PUTARAN GANAS AKAL DAN NAFSU .... akibatnya dan kewarakan menghapus segala? .....(draft)

Dalam ilmu fisiologi, otak adalah ibarat pusat pemprosesan maklumat CPU dan janakuasa generator. Pertama-tama peranannya sebagai CPU, otak adalah pusat pemprosesan maklumat stimuli yang diterima dari segala deria sensor. Kulit, telinga, mata, lidah, dan hidung (bahkan rambut dan bulu-bulu tubuh) adalah deria-deria sejadi manusia. Dari deria-deria ini, sebarang ransangan maklumat yang diterima akan dihantar melalu rangkaian saraf, electrical cable networks ke otak untuk di proses. Kemudian otak akan memutuskan jenis arahan tindakbalas impul dalam bentuk gelombang elektrik menuju ke sasaran organel (eg kelenjar) dan organ (eg hati) yang perlu mengambil tindakbalas selanjutnya. Dalam hal ini, otak setelah peranan CPUnya selesai, maka ia meransang segala tindakbalas lainnya lewat peranannya sebagai janakuasa generator.

(2) Di dalam ilmu fisiologi, arahan tindakbalas dari otak ke organel dan atau organ disebut sebagai impul. Maka stimuli dari istilah stimulus ransangan adalah berupa maklumat yang diterima, dan impul dari istilah impulsion iaitu arahan tindakbalas, adalah merupakan dua konsep carakerja otak dalam mengawal segala perlakuan pada tubuh badan kita. Otak berdasarkan stimuli yang diterima, setelah memprosesnya akan melahirkanan impul samada dalam bentuk buah fikiran, akal, bahkan tindakan-tindakan lain secara sedar dan atau tidak sedar. Itu adalah peranan asas otak. Sebagai CPU dan generator otak sebetulnya adalah pengawal regulator kepada segala-gala proses dalam dan pada tubuh kita, sedar atau tidak sedar voluntary or involuntary.

(3) Sesungguhnya, kerja otak memproses stimuli kemudian menerbitkan impul itulah yang dinamakan proses berfikir. Itu mungkin kedengaran anih, tetapi sebegitulah hakikinya. Maka cepat lambat seseorang berfikir tergantung kepada kecekapan jaringan sarafnya. Akal adalah hasil dari proses berfikir. Pastinya akal yang hebat sangat berkait dengan apa yang kini yang digembar-gemburkan sebagai paradigm shift, thinking outside the box, bahkan Blue Ocean Strategy. Maka pada manusia ada dua jisim penting yang harus kita jaga yang sangat berkait dengan nilai diri manusia itu. Pertama-tama pastinya otak. Kedua, seperti Al Quran jelaskan adalah hati. Pernyataan Al Quran, seolah-olah menyatakan bahawa hati adalah penentu segala-gala. Itu kefahaman banyak orang. Namun itu tidak benar. Saya berani berkata sebegitu, berlandaskan kias Kehebatan manusia yang Allah pertunjukkan kepada Iblis dan malaikat pada awalnya adalah kerana hebatnya ilmu manusia ie otaknya. Otak tetap organ paling penting pada manusia, kerana bila mendapat serangan jantung, tindakan para doktor untuk memulihkan denyutan jantung, bukanlah untuk menyelamatkan jantung tetapi sebenarnya adalah untuk memastikan oksigen terus dibekalkan ke otak, kerana tanpa oksigen, sel-sel putih otak akan mati dan jika itu terjadi maka lumpuhlah peranan otak sebagai CPU, generator dan regulator. Jika itu terjadi, maka matilah seorang insan itu. Hati tetap dalam kawalan otak. Cuma saya berfikir, Mahabijaksana Allahuakhbar, kita masih belum menjawab bagaimana hati menguasai keinginan sehingga bila keinginan ie nafsu boleh memesongkan fikiran. Seungguhnya, conflict inilah yang ingin saya huraikan dalam tulisan ini.


(3) Allah yang Allahuakbar, mencipta mahluknya dalam tiga kelompok besar jika dilihat dari sudut stimuli dan impul khususnya dari keberadaan otak dan hati.  Batu, tanah, pasir, debu, galian, air, udara dsb adalah mahlukNya tanpa otak dan hati. Maka mereka wujud sebagai mahluk mati ie non living materials, tanpa ada fikiran apa lagi perasaan (nafsu). Kemudian, wujud mahluk hidup namun tetap juga tidak punya otak dan atau hati. Namun sebegitu mereka tetap hidup, kerana mereka tetap berpunya generator. Janakuasa pada mereka ini, tidak berupa otak, melainkan sekadar mitokondria. Mereka ini adalah alam tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan hanya berfungsi untuk hidup untuk keperluan hidupan lain. Tumbuh-tumbuhan tidak perlu berfikir malah merasa. Cuma ada beberapa tumbuhan yang seakan-akan punya rasa contohnya pokok semalu, periuk kera, raflesia, dsb. Kelompok ketiga adalah alam haiwan (termasuk manusia) berpunya otak dan hati. Pada binatang, otaknya adalah semata-mata untuk mengurus biologi keperluan pertumbuhan, pembiakan dan sedikit keperluan untuk ianya melindungi dirinya. Binatang tidak memerlukan akal yang hebat untuk keperluan hidupnya. Benar binatang seperti Orang Utan, Chimpaze, kucing, anjing, ikan lumba-lumba dsb berpunya akal, namun akal mereka pasti sekadar untuk batas memenuhi samada nafsu untuk makan, keselamatan dan atau mengawan. Manusia, tergolong dalam kelompok besar haiwan, namun darjat manusia diletak pada kedudukan tinggi iaitu berpunya otak taraf tinggi higher brain development.

(4) Siapakah yang mengelompokkan manusia ke alam, kingdom haiwan? Kenapa sebegitu? Mengikut sains, manusialah yang mengelompokkan diri mereka ke dalam kelompok haiwan. Bukan beruk, bukan jerung, bukan cicak, bukan orkid, bukan durian, bukan tebu dan bukan siapa-siapa yang mengelompokkan manusia ke alam haiwan. Manusia itu sendirilah yang mengelompokkan diri mereka sebaris haiwan atas dasar mereka berpunya otak sepertinya binatang-binatang lainnya. Manusia adalah the advanced ape beruk yang termaju. Allah sebetulnya tidak pernah mengelompok manusia, ie Adam AS sebagai haiwan. Allah mengangkat Adam AS, manusia, sebagai khalifah ke atas para setan dan malaikat dan segala ciptaanNya di alam maya ini. Sesungguhnya, manusia jika mereka tiada Iman, ie tidak bertauhidkan Tuhan terutama Allah yang Allahuakhbar, mereka mengelompokkan manusia ke alam haiwan, lantaran mereka secara tidak sadar memperakui bahawa manusia itu ada tabiat binatang. Sesungguhnya, wujudnya tabiat binatang pada manusia itu kerana mereka berpunya hati yang melahirkan perasaan. Manusia, sepertinya binatang, mereka berpunya otak dan hati maka kedua-duanya berpunya akal, nafsu ie perasaan.

(5) Pada manusia, otak menghasilkan buah fikiran dan atau akal. Hati pula menghasilkan nafsu. Lantaran berpunya akal dan nafsu, maka manusia dikira sebagai Animal of Higher Degree.

(6) Selanjutnya, saya akan membicarakan, saat akal dan dan nafsu seiringan, maka keduanya tidak akan pernah menemukan kepuasan. Dalam erti kata lain, akal dan nafsu yang sejalan, hasilnya boleh berupa kebaikan dan atau keburukan. Akal dan nafsu yang seiring, biasanya menemukan jalan ketagihan. Ketagihan, biasanya menghasilkan keinginan berlebih. Keinginan yang berlebih, akhirnya meransang otak untuk menemukan akal yang jauh lebih hebat bagi memenuhi keingian yang berlebihan. Jika ini berterusan, akal dan nafsu akan terus saling meransang membentuk satu pusaran ganas yang tidak ada penghujungnya. Bahkan akal yang berlebihan pasti akan mengatasi biar nafsu yang paling ganas dan sebaliknya. Contoh, akal sedar bahawa api akan membakar. Maka kerana akal menyatakan bahawa api itu merbahaya, biar setinggi manapun nafsu berani seseorang, pasti saat berdepan dengan api dia menjadi kecut. Maka samalah tentang nafsu yang berlebihan, juga akan membatalkan cancel akal yang waras. Contohnya, bila mata terlihat perkara yang mengasyikan, maka nafsu akan melonjak, mahu menikmati keasyikan itu biar fikiran berkata jangan dan tidak wajar.

(7) Maka wajar kita harus mengerti, apa sebetulnya yang mengawal tingkah laku malah pribadi manusia? Adakah otak atau hati atau kedua-duanya? Pasti jawabannya adalah kedua-duannya. Tingkah laku, tindakbalas malah pribadi kita adalah ditentukan oleh tindakbalas otak dan hati. Hanya tindakan fisiologi sejadi kita yang bersifat involuntary reaction yang tidak memerlukan campur tangan hati dalam perlakuannya, iaitu dalam kawalan otak sepenuhnya, contoh peredaran darah, percernaan makanan, pertahanan kelalian tubuh, pembaikan tisu-tisu badan dsb. Otak dan hati sebetulnya hanya berkerjasama dalam hal-hal sadar voluntary reaction. Bijak, marah, sedih, berani, takut, suka, benci, hasad, tamak, cepat, lambat dsb yang melibatkan segala gerakan voluntary adalah dalam kawalan otak dan hati. Segala prilaku sadar tidak akan terjadi tanpa kerjasama antara otak dan hati. Hati tidak boleh bertindak sendiri-sendiri untuk menentukan prilaku sadar dan sebegitulah sebaliknya bagi otak. Maka adalah tidak benar, jika kita mengatakan bahawa contohnya seorang yang marah itu adalah semata-mata kerana nafsunya iaitu arahan hatinya. Perasaan marah tidak hanya timbul bersebabkan oleh tindakan hati melainkan ianya juga dalam aruhan otak. Sesungguhnya, tiada apapun tindakbalas pada manusia tanpa penglibatan otak. Otak adalah pusat central bagi segala tidakbalas, perlakuan serta keperibadian manusia.

(7) Agar kita tidak terbabas, otak dan hati tidak harus kita biarkan mereka bertindak dalam pusaran ganas iaitu berlebihan. Contoh, jika hati terlalu gembira, mata akan mulai berair, menangis. Apa lagi jika hati menjadi terlalu duka, otak akan meransang perempesan hormon sedih, maka kuat menangislah kita jadinya. Samalah bila lidah sudah terasa terlalu enak, hati akan berkobar-kobar untuk mahu makan lebih, dan otakpun terus-terus mengaruh agar hormon lapar itu terus terembes. Akhirnya, perut jadi cekang dan jika kita sudah jadi biasa sebegitu, kegendutan pasti akan berlaku. Akhirnya, sifat serakah dalam banyak hal akan turut menjejaki kita.

(8) Maha bijaksana Allah, Dia tahu betapa otak dan hati adalah dua jisim pada manusia yang pasti boleh merosakkan manusia itu sendiri. Namun Dia, sebagaimana maha mengetahuinya Dia, di atas kudrat maha bijaksananya Dia, telah Dia sediakan mekanisma untuk membendung putaran ganas otak dan hati. Breaking Points telah Dia sediakan. Dalam Islam, pada saban hari, Allah telah menetapkan ada lima waktu di mana Putaran Ganas Otak dan Hati akan terhenti (put to break). Pemberhentian itu adalah penting untuk kita kembali normal, sederhana. Waktu-waktu itu adalah Subuh (agar keasyikan tidur tersekat), Dzohor (agar keasyikan bekerja terputus), Assar (agar keasyikan istirehat terhenti), Maghrib (agar keasyikan bersosial terbatas), Isha (agar keasyikan berjaga terbendung). Pastinya banyak breaking points lainnya dapat kita amalkan jika segala sholat sunat juga kita jaga. Apa lagi jika ditambah-tambah dengan puasa, sedekah, zikir-tasbih dan sebagainya. Sesungguhnya Allah telah menyediakan breaking points bagi otak dan hati yang ganas agar berdamai dengan dirinya pada saban detik (zikir), hari (sholat), minggu, bulan dan tahun (puasa) agar manusia benar-benar adalah menjadinya manusia yang Allah mahukan. Sebagai akhirnya, dari cara Allah membendung kelangsungan putaran ganas otak dan hati manusia pasti akan berubah dari sifat tamak, gelojoh, resah dsb menuju kepada warak dan keberkatan hidup. Bayangkan seorang engineer yang warak bagaimana akan jalan kerjanya? Pasti penuh teliti dan pertimbangan waras. Juga jika seoarang penjabat jabatan adalah profesional warak, apakah dia akan riak, rasuah, salah guna kuasa? Maka benarlah apa yang Allah peringatkan, jagalah sholat, puasa, zakat, dan sedekah bagi menjadi manusia-manusia berjaya. In Shaa Allah.

 Meru, Ipoh, Perak
 11 Feb., 2017
Feb 8, 2017
1/2/17 MELAYU TIDAK MENJADIKAN SHOLAT KEKUATAN SEBENAR MEREKA .....silapnya di mana?

1/2/17 MELAYU TIDAK MENJADIKAN SHOLAT KEKUATAN SEBENAR MEREKA .....silapnya di mana?


Semua agama di dunia ini punya cara dan waktu sholat tersendiri. Namun apa tujuan bersholat? Apa ada di balik sholat? Paling tidak, manusia, biar siapapun mereka, dalam sedar dan tidak sedar, pasti ada waktu-waktunya mereka berdoa. Doa adalah salah satu dari perbuatan sholat. Saya tidak ingin membicarakan persoalan itu dari sudut agama-agama lain. Biar saya tumpukan kepada Islam. Kenapa Islam ie Allah hendakkan kita bersholat? Untuk puja puji Dia? Apa Dia dapat? Pernah saya terbaca, jangan bersholat sebagai peminta sedekah iaitu meminta-minta ie bersholat untuk meminta. Saat banyak yang dipinta maka banyaklah bersholat. Juga sholat harus jangan seperti berdagang. Pedagang apapun yang dikerjakannya harus untung. Jadi sholat jangan untuk bersikap berjual beli dengan Allah. Jangan cuba-cuba mencari untung dengan bersholat. Sesungguhnya jika konsep Allahuakhbar itu kita fahami, sesungguhnya Allah tidak perlukan apa-apa dari kita. Jadi kenapa Allah minta kita mesti sholat. Kewajiban lima kali sehari. Jika rajin boleh jadi tujuh kali sehari. Jika rajin lagi boleh jadi 16 kali sehari. Jika sememangnya sangat rajin boleh jadi 21 kali sehari. Jadi kenapa sebegitu?

(2) Dalam Islam, SAW perlu mengadap Allah untuk menerima perintah bersholat. Sholat telah Allah perintahkan kepada semua nabi dan rasul terdahulu, namun mereka tidak perlu mengadap Allah sendiri-sendiri untuk menerima perintah Sholat. Kenapa sebegitu perlunya kepada SAW? Sesungguhnya jika kita ingat, cerita SAW saat kembali dari Mikraj untuk menerima perintah Sholat tidak banyak. Dia hanya bercerita tentang Syurga dan Neraka. Dia ceritakan tentang keindahan Syurga. Dia juga ceritakan tentang azab Neraka. Dia juga ceritakan siapa ke Syurga dan ke Neraka. Maksudnya, kedua-dua kehidupan Syurga dan Neraka sudahpun berlaku. Kebanyakan orang berfikir dan yakin, soal Syurga Neraka ini adalah soal akhir zaman. Tidak. Saya yakin tidak sebegitu. Saya berkira soal akhir zaman itu soal akhir zaman dan bukan soal kini. Kini kehidupan Syurga dan Neraka sudah berlaku. Jika tidak bagaimana SAW boleh menceritakan apa yang dia lihat saat melintasi pintu Syurga dan Neraka? Juga saya berfikir, betapa manusia telah wujud pulohan ribu tahun, malah ada yang berkata jutaan tahun. Maksudnya manusia telah mati pulohan malah jutaan tahun. Pasti mereka tidak terus terkubur dalam tanah tanpa keadilan buat mereka. Berasaskan cerita Mikraj SAW saya percaya manusia sudah menempati Neraka dan Syurga. Namun saya tidak berminat untuk berpolimik dalam prihal ini, tidak mengapa jika saya silap untuk diperbetulkan. SAW menerima perintah sholat di Syurga. Syurga dan Neraka telah wujud. Kehidupan di sana sudah wujud. Sholat adalah jalan ke Syurga dan tidak berpegang pada sholat adalah jalan ke Neraka.

(3) Lantaran sholat adalah jalan ke Syurga dan tidak berpegang kepada sholat adalah jalan ke Neraka, maka dengan sebab itu di dalam Al Quran entah berapa ratus kali sholat itu menjadi penegasan yang sangat penting bersama-sama dengan ibadah yag liannya. Namun setakat manakah sholat itu menjadi pembuka jalan kita ke Syurga?

(4) Maka untuk itu, saya ingin kembali menyoal, sejauh manakah pendidikan untuk sholat itu telah meresap ke dalam jiwa bangsa kita Melayu? Saya nampak, Masjid dan Surau tetap tidak ramai jemaah biar di hari Jumaatpun. Saya tidak nampak anak-anak sekolah berbondong-bondong bersama para guru malah ustaz dan ustazah mereka ke Masjid di hari Jumaat. Itu satu sudut KPI jika pendidikan Fardu Ain ingin kita ukur tentang kejayaannya dalam sistem pendidikan kita. Lain ceritanya di kala Aidil Fitri dan Aidil Adha. Jemaah melimpah ruah. Seolah-olah Masjid hanya harus penuh untuk dua musim ini sahaja. Anih jika sebegitu? Sepertinya Sholat Aidil Fitri dan Aidil Adha adalah kewajiban paling wajib. Tidakkah unsur-unsur riak dan kepura-puraan masih berleluasa? Atas pemerhatian saya tentang lengangnya Masjid dan Surau, digabung dengan pelbagai genjala penyakit tenat kemasyarakatan kini, bukan hanya di kalangan anak-anak malah golongan dewasa dan berkedudukan dengan segala macam prilaku rasuah, mencuri, merompak, membunuh, judi, berzina, dadah, dsb saya kira pendidikan untuk kita sholat belum dan tidak meresap baik dalam jiwa Melayu. Fitrah Sholat belum menjadi darah daging Melayu. Ini saya perhitung bersebab, lantaran kita terus-menerus terikat dengan tradisi dalam cara kita mendidik anak-anak bangsa Melayu, termasuklah di bidang sholat.

(5) Sesungguhnya, memang banyak Melayu bersholat, rata-rata Melayu sholat, tetapi sholat tidak mengubah apa-apa pada kebanyakan mereka. Contohnya kotor tetap kotor. Ciri dan prilaku Melayu tidak berubah oleh sholat. Contohnya, penempatan Melayu masih kotor, jijik malah banyaknya. Tabiat dan jati diri kebanyakan Melayu masih kotor, kekal kotor. Melayu terus menerus mewarisi banyak sifat yang jijik, jelek. Keduanya, Melayu masih gelandangan. Gemalai, lesu, lengai, comot, apa saja sifat-sifat dan watak-watak hagged masih banyak pada Melayu. Ketiga, Melayu masih banyak leka. Leka tetap leka. Banyak perkara melalai dan melekakan Melayu. Melayu tidak memusatkan kepada apa yang harus mereka pusatkan. Keempat, Melayu masih banyak kerjanya sembrono. Cara kerja sembrono tetap secara sembrono. Sembarangan masih menjadi sifat Melayu. Kerja sambil lewa. Sikap acuh tak acuh masih menebal pada kebanyakan Melayu. Kepatuhan kepada cara kerja yang tepat sangat Melayu benci. Kelima, ketelitian sangat kurang Melayu amalkan. Sifat tidak mengapa masih kuat Melayu pertahankan. Omprat ampret kelam kelibut masih menjadi sifat dan hasil pekerjaan
kebanyakan Melayu. Keenam, malah Melayu masih banyak yang takut-takut. Melayu takut untuk berubah dan mencuba. Melayu takut kepada apa yang seharusnya mereka tidak takut. Melayu takut boss. Melayu takut gagal. Melayu takut miskin. Melayu takut susah. Melayu takut jika tidak bersama arus. Melayu paling takut untuk tidak trendy. Melayu masih banyak takut kepada bukan Allah. Dalam hidup harian Melayu, ketakutan mereka tidak pada Allah melainkan selain Allah. Ketujuh, bahkan sikap sendiri-sendiri terus saja berlaku. Pentingkan diri. Rasa syok sendiri. Banga diri. Paling Melayu suka adalah lupa diri. Kendiri terus menguasai sebahagaian besar Melayu. Riak masih tebal pada kebanyakan Melayu. Sombong, bangga diri kekal menular dalam jiwa Melayu. Tidakkah segala ini berupa sifat-sifat Jahilliah yang Allah mahukan SAW perbetulkan?

(6) Maka sehingga kini, setidak-tidaknya 700 tahun telah berlalu kenapa sholat tidak dan belum mengubah bangsa Melayu menjadi suci, rapi, telaten, tertib, khusyuk, yakin dan berjemaah? Cuba lihat, apakah Melayu suci sebelum dan selepas sholat? Melayu hanya suci saat bersholat. Apakah Melayu rapi sebelum dan sesudah sholat, jarang sekali. Mereka hanya rapi semasa bersholat. Cuma jikapun mereka rapi sebelum dan sesudah sholat, kerapian itu jarang sekali berkait dengan kesucian yang sholat hendak tegakkan. Apakah Melayu telaten, cermat sebelum dan sesudah sholat? Banyak yang tidak. Melayu tidak teliti dalam soal masa depan Islam dan Umatnya. Ketelitian Melayu patuhi hanya saat bersholat. Apa lagi dilihat dari sudut tertib. Apakah Melayu patuh bertertib sebelum dan sesudah sholat? Melayu biasanya hanya tertib dalam sholat. Sebelum dan selepasnya, Melayu kembali berlenggang kangkong. Melayu cukup tidak suka bidang kerja yang memelukan ketertiban tinggi. Semua itu menyusahkan buat mereka. Dalam soal penumpuan, apakah Melayu bangsa yang focus? Sangat jarang. Melayu hanya khusyuk saat sholat. Sebelum dan selepas sholat, Melayu cukup ambil mudah kebanyakan perkara. Di manakan duduk sifat yakin Melayu? Banyak yang tidak Melayu yakini. Sebelum dan sesudah sholat, keyakinan Melayu kabur. Melayu cukup yakin hanya waktu sholat tidak sebelum dan sesudahnya. Apa lagi yang dikatakan setiakawan. Sifat kesepaduan Melayu hanya tampak waktu sholat. Sebelum dan sesudah sholat, sifat kendiri adalah kebiasaan dan kegemeran
mereka. Maka saya lihat, sholat hanya menjadikan Melayu mulia di depan Allah untuk beberapa minit ie pada waktu sholat sahaja, dan tidak di sepanjang hari kehidupannya. Kenapa? Jawaban ringkas saya, adalah saat diajarkan bersholat, Melayu hanya diajarkan untuk mengerjakan sholat tetapi tidak diperjelaskan tentang falsafah and integriti sholat itu.

(7) Ilmu sholat Melayu adalah sekadar untuk bersholat bukan untuk menjalani hidup sebagai pendiri sholat. Dari zaman entah berantah, sehingga kini, sistem pendidikan Islamiah kita masih jumud dan toktok jabang bayi. Pendidikan Islam kita menumpu kepada perkara mengikut bukan untuk mengupas, memahami, menghayati dan mengembangkan. Kita diajar untuk mengikut tunduk sepertinya budaya Pagan, Buddha dan Hindu belum bersih dari tubuh kita. Apa lagi kemudian, di zamam penjajah, kita juga terus-terus hanya berlajar untuk mengikut, maka manut, tunduk, tidak usah berfikir menjadilah jatidiri kental kita. Sekarangpun kita sedang terdoktrin hebat hanya untuk mengikut. Soalnya dipaksa mengikut tidakpun membawa kemuliaan kepada Melayu malah kian hari mencorotkan martabat Melayu. Namun kita tetap mengikut, menurut. Sholat tidak menjadikan Melayu merdeka. Kenapa? Tidak hairankah kita? Saya tinggalkan persoalan itu di situ dulu, biar saya menumpu kepada kefahaman saya tentang falsafah and integrity sholat.

(8) Cuba fikir, sebelum kita bersholat ada beberapa kebersihan yang perlu kita jaga. Pertama kebersihan tubuh badan kita dari hadas besar dan kecil. Lalu pakaian kita juga harus bersih. Kemudian biar tubuh dan pakaian kita sudah bersih, tetap kita harus wudhu. Wudhu pula mewajibkan kita mensucikan muka, tangan, kepala, telinga dan kaki. Falsafah wudhu itu sangat luas. Muka adalah komponen mata, bibir (mulut), dan hidung. Ketiga-tiga deria ini harus suci. Ketiga-tiga ini harus pertama-tama suci untuk kita mengerjakan sholat yang suci. Kenapa? Saya menduga, untuk memulai kesucian, pengelihatan, pengiduan dan percakapan (nafas) kita harus bersih suci. Jika pengelihatan dan hiduan terganngu pasti percakapan juga akan terganggu. Lalu tangan harus juga suci. Tangan adalah lambang perbuatan. Apa saja yang kita perbuat, kebanyakan adalah melalui tangan. Maka untuk bersholat dengan baik tangan kita harus bersih. Ianya tidak membawa maksud hanya bersih sewaktu sholat tetapi bersih suci dalam berbuat apapun. Selepas tangan, kepala harus bersih. Kepala adalah tempatnya otak. Pembersihan kepala adalah lambang pembersihan otak. Otak berserabut pasti menjadikan sholat kurang sempurna. Otak yang bersih suci menimbulkan jiwa yang murni untuk tujuan murni. Lalu diikuti pembersihan telinga. Bukanlah sholat itu hanya memerlukan kita membersihkan telinga melainkan agar pendengaran kita juga harus bersih suci. Akhirnya, wudhu memerlukan kita membersihkan kaki. Dari buku lali sehingga ke telapak dan jari-jari kaki adalah lambang perjalanan. Langkah menuju sholat harus bersifat bersih dan suci. Wudhu yang lengkap dan sempurna, menjadikan tubuh badan kita bersih suci. Bukan sekadar itu, kelengkapan wudhu juga melambangkan seluruh jasad dan jiwa kita sudah bersih suci untuk kerja yang suci; sholat. Setelah itu, tempat sholat harus bersih, suci.

(9) Pendeknya, sholat adalah terkait hebat dengan soal-soal kebersihan, kesucian. Namun jika dilihat dari sudut yang jauh lebih mendalam, saya berkira sholat dan sholleh yang kini dieja sebagai saleh atau soleh punya kaitan yang sangat kukuh. Sholat adalah jalan ke arah membentuk manusia soleh. Insan soleh, adalah insan bersih. Insan suci. Insan soleh adalah insan yang bersih dalam dan luar. Insan soleh pastinya adalah insan yang taat kepada Allah. Dia tidak takut kepada Allah, dia mentaati Allah. Insan yang mentaati Allah, dia melakukan segala perkara yang dibolehkan dengan penuh kejujuran. Dia bersungguh-sungguh dalam mengerjakan segala suruhan Allah. Dia juga menghindari segala larangan Allah dengan penuh jujur. Dia tidak sekali-kali berani melangari segala tegahan Allah. Insan soleh tidak pernah takut kepada Allah. Dia hanya takut mendustai Allah. Paling dia takuti adalah mendustai Allah. Pendeknya, insan soleh adalah insan berhati pekerti mulia. Hatinya jujur. Hatinya ikhlas dalam mematuhi kehendak Allah. Taatnya kepada Allah adalah ketaatan tulin yang tidak mengharap apa-apa. Dia bukan pengemis. Dia bukan pedagang. Allah kepadanya adalah tempat tumpah sepenuhnya keyakinannya. Dia meletakkan dirinya pada asal tujuan kejadiannya, di tangan Allah; tidak lain dari itu. Insan saleh, memperakui mutlah Allah adalah Allahuakhbar, tiada ada kuasa selainNya yang menentukan siapa dia.

(10) Maka kembali saya kepada soal-soal apakah sholat menjadikan Melayu bersih, jujur-ikhlas, focus, patuh disiplin, dan menjaga ukhwah, perpaduan kesatuan dalam segala detik waktu kehidupannya? Sesungguhnya, jika kita menemukan seseorang yang saleh, pasti sebegitulah sifatnya. Dia tidak hanya saleh semasa sholat, tetapi sholat yang mendidiknya untuk jadi saleh sepanjang masa. Siapakah teladan manusia saleh? Pastinya, Muhammad SAW adalah contoh terbaik. Kesalehan Muhamad SAW hanya boleh kita baca dan atau dengar penceritaannya. Pastinya, itu kurang terkesan pada kebanyakan diri kita. Di tahun 1970an, bahkan 1980an di dunia Melayu, sangat banyak orang-orang saleh. Hamka adalah salah seorang darinya. Bahkan banyak mufti-mufti dan para ustaz dan ustazah kita yang saleh-saleh. Banyak orang-orang besar Melayu di tahun-tahun 1950an, 1960an, 1970an dan 1980an adalah orang-orang yang sebegitu saleh dalam segala kerja mereka. Zaaba, Aminudin Wahid, Rasdan Baba, Ungku Aziz, dsb adalah contoh-contoh yang harus kita lihat kembali. Orang-orang tua-tua kita di tahun 1950an, 1960an, 1970an juga banyak yang saleh-saleh. Mereka taat kepada perintah Allah. Mereka tidak berbuat onar untuk merosakkan masyarakat, malah mereka cukup menjaga hal-hal kemasyarakatan. Bahkan mereka lebih menjaga masyarakat dari diri dan atau keluarga mereka. Sifat Amirulmukminin terserlah pada  mereka. Mereka menjunjung tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah dengan penuh ikhlas-suci. Hasilnya, Melayu yang sekian lama terhina di tangan penjajah, jadi bebas merdeka dan berlari kencang menghambat apa yang Allah perintahkan sebagai "Bertebarlah kamu di muka bumi ini setelah kamu sholat".


(11) Apa yang saya terangkan dan persoalkan di atas, adalah tentang persediaan bersholat. Bagaimana kefahaman Melayu tentang perbuatan sholat itu sendiri? Kenapa bermula dengan berdiri tegak, lalu rukuk, lalu sujud, dan iftitah. Kenapa tidak, kerana yang disembah itu Mahaberkuasa, kita terus-terus saja mencelapak sujud? Tetapi sholat dalam Islam tidak sebegitu. Dalam Nasrani, sholat cukup hanya dengan membaca Bible berdiri. Samalah dalam Yahudi, cukup sekadar berdiri membaca the Old Testament. Dalam Buddha dan Hindu sholat cukup hanya dengan duduk bersila. Dalam Taoism sholat cukup hanya dengan sembah berdiri. Tetapi dalam Islam, sholat wajib subuhpun kita perlu melakukan 20 pergerakan untuk ,mencapai kesempurnaan sholat kita. Kenapa sebegitu? Memang ada yang cuba mengupas dari sudut manafaat kesihatan tetapi saya belum menemukan perbicaraan tentang segala pergerakan ini secara saikologinya, malah lebih luas dari itu.

(12) Saya menduga, perbuatan sholat dalam Islam berbentuk banyak pergerakan khusus yang tertib punya kaitan dengan permulaan pembikinan kita ie Adam AS. Pastinya patung Adam sebermula pembikinannya berbentuk berdiri tegak. Keperluan berdiri tegak, tertib itu juga kepada saya adalah berupa penerimaan Adam AS memikul tugas sebagai khalifah. Kemudian, bila Allah memintanya patuh kepada perintahNya, dia rukuk tanda hormat dan taat. Itulah juga mungkinnya, sikap Adam AS saat para malaikat dan setan Allah pinta agar menerima Adam AS sebagai ketua mereka. Adam AS dan dimaktubkan dalam sholat, saat berkedudukan cukup zuhud. Maka itulah amanah Allah kepada Muhammad SAW saat sholat diajarkan kepada beliau, saya menduga. Saya mengira, itulah juga amanah Allah kepada semua manusia saat mereka mendapat rahmat luasNya. Kemudian, di saat Allah merahmati Adam dengan ilmu yang sangat luas, maka di situlah rasa hormat dan takjubnya beliau kepada Allah menjadi sangat suci bening, dia sujud di tanah yang menjadikan jasadnya. Ilmu menjadikan Adam AS sedar asal kejadiannya. Ilmu menjadikan dia sedar akan kedudukan dirinya berbanding yang Mahapencipta. Dia memperakui kerendahan dirinya. Dia tidak sekali-kali setanding apapun berbanding Mahapenciptanya. Maka sesungguhnya, dari tegak berdiri dalam takbir sehinggalah duduk bersalam dalam Tahiyatul Akhir, semua pergerakkan itu adalah untuk mengingati kita tentang asal kejadian, tanggungjawab serta pekerti yang harus ada pada kita jika kita berilmu, berkedudukan, dan dalam rahmat besar Allah. Wallahualam bisawab.

(13) Kemudian, jika disorot dari segi waktu sholat. Kenapa harus ada lima waktu sehari? Kenapa harus ada Jumaatan? Kenapa wajib ada Hajj? Kenapa harus ada Umrah? Kenapa Kenapa harus ada Aidil Fitri, Adil Adha, bahkan segala macam sholat sunat lainnya? Saya pernah terbaca tulisan mengenai perubahan fisiologi tubuh dan perubahan ekologi sekitaran mengikut waktu, namun pertalian sholat dengan perubahan itu sering hanya diungkap sebagai SubhanaAllah. Sememangnya Allah itu SubhanaAllah, tetapi SubhanaAllahnya Dia bertujuan untuk kebaikan umat, maka apa sebenarnya SubhanaAllahnya Dia pada beda-beda waktu sholat? Saya belum menemukan kupasan jelas mengenai ini.

(14) Dalam soal sholat wajib adalah lima waktu, dan kemudian banyak lagi disusuli dengan pelbagai sholat sunat, semua itu saya menduga punya kaitan dengan kekhilafan Adam AS saat dia diberikan rahmat. Adam AS saat sudah berpunya segala, tetapi dengan Mahabijaksana Allah meninggalkan sesuatu lompong dalam hidupnya. Allah tidak menjadikan Adam AS berpasangan asalnya, namun dengan ilmu yang ada pada Adam AS dia tahu apa yang kurang, maka dia meminta pasangannya. Penciptaan Hawa adalah rahmat Allah terbesar buat Adam AS. Hawa adalah pelengkap akan segala nikmat yang Allah hamparkan di Syurga buat Adam AS. Namun di saat nikmat terbesar itu dia dapati, Adam AS menjadi lalai dan khilaf. Setan sedar, Adam AS lemah di sisi Hawa, maka lewat Hawa setan menanamkan jarum pemula kepada kelalaian manusia kepada rahmat besar Allah. Kerana Hawa, Adam AS menemukan kudratnya terhumban ke bumi dalam keadaan dan waktu yang mungkin lain dari kehendak asal Allah. Cuba fikirkan, jika tidak kerana khilaf Adam AS dan Hawa melanggar larangan Allah, bagaimanakah agaknya jalan cerita penurunan Adam AS dan Hawa ke bumi, saya menduga pasti lain dari apa yang dihidangkan kepada kita selama ini. Maka sesungguhnya kekerapan sholat dalam Islam, saya menduga punya kaitan agar manusia tidak lalai. Manusia mudah lupa. Melayu mudah lupa. Sholat pada waktu-waktunya, mengingatkan kita siapa, apa tujuan sebenar kita dan bagaimana seharusnya kita. Sholat adalah jalan agar kita terus dekat kepada Allah. Mendekatkan diri kepada Allah adalah jalan terbaik untuk kita tidak lupa daratan. Maka dengan sebab itulah saya yakin, insaf akan kebesaran sholat, maka SAW saat berpunya peluang, dia cukup taat mengerjakan sholat. Sholat menjadikan Muhammad SAW zuhud. Zuhud menjadikan Muhammad SAW hebat dan terahmat semulia-muliannya. Cuma anih, dalam pembongkaran soal sholat, dalam bicara kita, saya belum pernah mendengar pemikiran sebagaimana yang saya utarakan di atas. Mudah-mudahan apa yang saya fikir itu betul. Wallahualam bisawab.

(15) SAW sentiasa sholat untuk lebih mendekati dirinya kepada Allah. Saat sholat kita tinggalkan, maka jarak antara kita dan Allah pasti kian menyenggang. Jika itu kian melebar, maka ke jalan sesat pasti kita akan tujui.

(16) Kemudian, cuba kita perhatikan bacaan-bacaan semasa sholat. Ayat asas adalah Al Fathihah. Itulah umul Al Quran. Itulah ayat yang yang kita ulang-ulang dalam setiap rakaat. Al Fathihah adalah ayat perakuan, peringatan dan doa. Al Fahihah menegaskan keesaan kekuasaan Allah dulu, kini dan selepasnya. Tiada apa terlepas dari pengetahuan dan kekuasaan Allah. Maka sebanyak tidak kurang dari 17 kali sehari kita membawa Al Fathihah. Kita terus-terus diingatkan agar hanya yakin kepada Allah. Yakin kita kepada Allah harus mengatasi keyakinan kepada apapun, selagi apa yang kita buat dan jalan yang kita pilih adalah selaras dengan kehendak Allah. Janji Allah adalah benar. Rahmat Allah adalah tepat pada sifat dan kemampuan kita. Allah tidak memberi bahkan membebankan kita dengan apa yang kita tidak layak pada pengetahuanNya. Dan ayat-ayat lain yang perlu kita baca selepas Al Fathihah semuanya harus berupa ayat-ayat yang tetap berpunya sifat memperakui keesaan Allah, ayat-ayat yang mengingati kita untuk kekal berlaku baik, dan ayat-ayat yang menjurus kepada kehendak kita daripadaNya..

(17) Maka jika kita boleh menghayati keperluan sholat dan segala perlakuan berhubung dengannya, maka saya yakin, sifat-sifat saleh itu akan perlahan-lahan tertanam dalam diri malah terserlah pada kita. Menjadi insan saleh harus menjadi hambatan sifat bagi semua Muslimin agar mereka terus berjaya di dunia dan akhirat. Marilah kita bergerak ke arah insan suci dalam pengertian sebenarnya Islam, sebagai jalan menghambat kejayaan sebenar kita. In Shaa Allah.

(18) Sesungguhnya, dalam Islam, saya yakin, seperti asalnya Muhammad menemukan wahyu adalah kerana dia sentiasa berfikir dengan tujuan ikhlas demi kebaikan umat. Maka apapun dalam Islam, wajar umatnya harus terus-terus berfikir dan tidak mendengar dan menerima semata-mata. Kita jangan jadi umat yang malas untuk berfikir.

Kuching, Sarawak

2 August 2016-13 Feb., 2017

Back To Top