.

10/10/10 DARI YANG MERAYAP PAYAH HINGGA TINGGI DI ATAS ENAK

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 24, 2010

Share

& Comment

(Betapa beda dan nyatanya duduk langit dan bumi. Air kuning yang mengalir, pasti juga menjadi mercu tanda tentang hidup yang semakin keruh dan merimaskan! Dan biar Tuhan seperti sangat dekat, apakah pasti Dia datangkan pertolongan, melayang dari langit semudah bagai (hanya) dipinta! )

22 OCT., 2010 JAM 10.30 HOURS

Selepas menghadiri sebuah perbincangan yang amat memberansangkan di KL Central, dengan menaiki sebuah teksi yang mana pemandunya kedapatan agak mesra dan jujur, saat 10 min lagi mahu menghampiri hotel tempat saya dan beberapa teman menginap, saya menalipon kawan-kawan yang ikut serta dalam siri lawatan tidak rasmi ini. Saya usulkan kepada mereka agar bertemu saya di lobi sekitar 10 minit kemudian dan saya berhajat untuk membawa mereka merlihat-lihat jualan kemahiran dan makan di Pasar Seni, Central Market. Namun, biar kemudian saya terpaksa berputar-putar hamnpir-hampir 15 minit akibat masalah lalulintas, namum teman-teman berkenaan tidak juga kelihatan.


(2) Saya mengambil keputusan tidak menalipon atau menunggu mereka. Saya kira, adalah tidak wajar, mereka yang elat janji, maka saya terus mahu mengalah. Perkara yang menjadi persoalan utama saya adalah, mereka ini, hakikatnya mahukan pertolongan saya untuk maju, sedang mereka tidak menghormati prinsip utama dalam mengejar kemajuan adalah menghormati janji-masa! Saya, hakikatnya berurusan dengan siapapun, jika mereka tidak menghormati masa, maka saya mudah 'put off'.

(3) Hari itu, saya menghabiskan masa di Central Market sepanjang paginya. Hakikatnya, bentuk perniagaan dan creativity masyarakat perniaga di situ sudah banyak berubah. Tampaknya, tempat ini menjadi begitu menarik bukan hanya kepada perlancunbg dari luar negara, bahkan kepada penduduk setempat khususnya mereka yang bekerja di Komplek Daya Bumi, Bank Pertanian dan sekitar Masjid Jamek.

(4) Kerana sedikit lelah dan lapar, saya makan Sup Perut pada sebuah Kios (dulu kita guna istilah warung) Serbanika Sup. Sup perut ala-Thai sememangnya enak, dan sukar didapati. Kalau di Indonesia, sup perut-babat merupakan antara makanan yang sentiasa berligar dalam kepala saya. Cuma, ada sedikit kecacatan di Kios ini, bila dia mencampurkan sup berkenaan dengan kangkung, ianya menjadi seakan-akan makanan itek-bebek!

(5) Saat saya sedang sup perut-babat seakan makanan itek-bebek ini, pandangan saya lepaskan meneliti segala kios yang menjual segala macam kerajinan yang sudah begitu elok cara pengolahannya. Sebuah kios yang menjual jeruk pelbagai jenis buah-buahan turut mengamit minat saya. Dulu kalau di Kelantan, kios seperti ini di namakan Warung Colek Tepi Jalan, dengan hanya bermodal seamas (50 sen), kita sudah boleh menikmati colek-jeruk betik, asam kelubi (paya), jambu batu, dan sedikit asam pauh-mangga. Namun di kios ini, saya terpaksa mengeluarkan RM7.50 untuk menikmati semua itu sekadarnya. Namun, tetap ada kepuasannya, kerana bukan hanya tampak bersih, segar ianya juga terhidang dengan sangat rapi! Inilah kejayaan yang saya kira perlu kita angkat lebih jauh.

(6) Dari ilham Pasar Seni, Central Market kalau tak silap yang bangunkan oleh Sabaruddin Chik (?) dalam tahun 1980an, saya berkira tepatlah masanya maka sebuah Gedung Warisan seperti disarankan oleh Najib dibangunkan bagi menyediakan ruang niaga yang lebih hebat dari Pasar Seni ini untuk menempatkan para pengusaha yang kelihatannya sudah tidak kecukupan ruang ini.

(7) Dan paling menarik, sehari selepas Najib mengistiharkan pembangunan Gedung Warisan tersebut, maka tersiar kekesalan orang-orang Melayu di Kampung Baru keran mereka merasa terlepas dari menyertai Projekl Warisan berkenaan. Semuanya seperti mengeluh, mereka sudah ketinggalan. Masa sudah tidak bersama mereka.

(8) Atas prihal tersebutlah, maka saya mulai merasa 'put off' oleh teman-teman yang ingin saya lihat dan bantu agar mereka berjaya sebagai usahawan, biar mulai dengan kecil-kecilan namun dengan tekad dan disiplin yang kuat, mereka pasti berjaya. Saya berkira, mereka perlu diajar secara 'agak keras' agar mereka cepat sedar. Saya mulai bersikap 'tak layan' dan 'tak beri muka' kepada mereka!

JAM 1500 22 OKT., 2010
Saya berligar di Jalan Petaling. Ilham membangun Jalan Pertaling sebagaimana ianya ada sekarang ini adalah hasil ilham oleh Tan Sri Kadir (mamak). Jalan Pertaling, buat saya, adalah lambang bagaimana masyarakat kebanyakan, dan kebanyakannya adalah Cina, sedang berteriak-teriak mengamit-berebut pelangan. Kepada banyak orang inilah indah, inilah istimewanya. Inilah telatah kepelbagaian yang menjadi keindahan rakaman lensa kamera, v-cam, kanvas lukisan dsb. Namun, berapa banyak yang sedang berfikir dan merasakan bahawa inilah sebenarnya jeritan-keluh kesah hidup yang kian payah-susah! Inilah hakikatnya manifestasi lorong-lorong kemiskinan kota!

(2) Saya kemudian ke Jalan Alur iaitu bersebelahan dengan Jalan Bukit Bintang. Tujuan saya adalah untuk mencari kerang rebus. Namun, kerana hampir semua gerai-gerai di sini adalah di usahakan oleh masyarakat Cina, saya hanya menumpang minum air kelapa di sebuah meja dipinggir jalan sambil memerhati gelagat saling perang pelanggan di sini. Saya mulai merasa, 10-20 tahun mendatang, apakah tidak mungkin kawasan ini akan menjadi mercu tanda kemiskinan hidup di bandar?

JAM 1930 22 OKT, 2010
Saya menuju ke JW Mariot, melewati Lot 10, Farenhiet, dan Pavillion. Pastinya di sini, di saat sebegini sangat lain lakunan manusianya. Jeritan berganti senyum-tawa. Rengas rengus berganti ketertiban dan keterbukaan yang mencabar kelelakian dan kewanitaan. Semuanya seperi sedang memperaga apa yang mereka ada, apa-apa juga. Namun tetap ada juga pengamit jalanan yang menyelit menagih rezeki dari sesiapa, menjual segala macam kepalsuan!

(2) Usai dengan perbincangan terkait dengan keinginan saya untuk melihat perubahan besar dalam cara kita mengurus kekayaan bangsa, malamnya, saya cuba berhibur dengan di temani Pak Hamka pada Tafsir Al Azharnya. Saya cuba mencari akal singkat untuk melihat tafsiran Al Baqarah beliau dari sudut membangunkan bangsa dan negara. Juga, sebuah buku Enjoy Your Life oleh Muhammad Abd Al-Rahaman Al-Ariff saya jadikan bacaan kedua buat menenangkan sedikit 'kejengkelan-geram' saya tentang mereka yang sifat mahu membela bangsanya tidak lepas dari kulit tebal atau sekadar terhambur di mulut saja!

23 OKT, 2010 JAM 11.30
Saya mendarat di Changi. Dari sana terus saja bergegas ke SunTech Center. Kemudian selepas minum White Coffee, terus mengadakan perbincangan berkait dengan keperluan bagi perluasan dalam bidang yang saya kira punya kepentingan yang sangat baik buat Sarawak. Sebetulnya, sebelum ini, tiga tahun yang lepas, telah kita ceburi namun kerana adanya agenda lain, maka kita berhasrat mengundur diri dan membentuk satu pakatan lain, yang saya kira InsyaAllah adalah atas niat kepentingan dan keberuntungan bersama, dan bukan persendirian!

(2) Sekitar jam 15.30 saya bubar ke Peninsula Hotel di Jalan Coleman. Kerana saya tidak menempah bilik hotel, dan kerana sudah terasa agak letih, saya terpaksa mengginap di Club Room yang letaknya di Tingkat 20, menghadap ke Marina Bay dan di sebelah baratnya adalah Clark Quay. Harga sewaan sangat lumayan, namun kerana saya ingin menikmati suasana yang agak berbeza dari selalunya, maka saya kira, sesekali mengkayakan Lee Kuan Yew tidak juga mengapa!

(3) Saat saya mahu baring dan mendapatkan 'nap', tangan saya memicit saluran TV3, dan saat itu Timbalan Presidebn UMNO sedang mengadakan ucapan pengulungan beliau. Kemudian diikuti oleh ucapan pengulungan Presiden.

(4) Dari beberapa ucapan nakal Najib, saya merumuskan bahawa UMNO sudah benar-benar diterajui oleh Melayu dalam tafsiran antropologinya: Najib (Bugis-Melayu), Muhhydin (Jawa-Melayu Rhiau), Shafiee Afdal (Sulu), Hishamuddin (Turki-Melayu), Rais Yatim (Minang), Mustapha Muhammad (Melayu-Pattani), Shahrizat (Mamak?), dsb jika mereka yang punya darah campuran ini menggunakan sepenuhnya kehebatan darah campuran ini, pasti UMNO akan menjadi lebih kuat. Dalam diri pemimpin-pemimpin UMNO kini telah menyatukan darah-darah Melayu dari Sumatera, Selatan Thai, Tanah Melayu, Jawa, Maluku, Selatan Filipina, dan bahkan peranakan-peranakan Melayu (India, Arab, Cina, dsb), seharusnya menjadi kekuatan yang sangat hebat jika mereka boleh berfikir dan bersatu kuat!

(5) Dari Tingkat 20 Peninsula Hotel, pada sebelah malamnya, saya dapat melihat kegemerlapan cahaya dari Planetarium, Financial Business Center, Marina Casino Complex dsb. Pemandangan ini, seperti meletakkan saya diawang-awangan kepayahan Petaling Street dan Jalan Alur. Sebelumnya saya ke Holiday Inn Atrium dan semasa hendak pulang, anak-anak muda Melayu tokohnya, berbondong-bondong dalam segala macam rupa yang pasti tidak digemari oleh Lee Kuan Yew berkejaran untuk berhibur diri. Saya pasti, dalam mana-mana kuliah Lee Kuan Yew kepada bangsanya, pasti inilah teladan hidup yang sering beliau ketengahkan betapa bangsa Melayu, biar Temasik asalnya adalah hak mereka, juga biar Islam itu agama yang telah menyuluh ketemaddunan gagah, namun Melayu tetap merayap payah biar dibumi paling bertuah sekalipun!

(6) Saya menjadi sedih dan pilu, namun bernasib baik kerana Sharma, Robin dalam bukunya The Leader Who Had No Title, dapat memulihkan pendirian saya tentang betapa membangun bangsa itu, kita perlu merasakan kehinaan bangsa. Tanpa kita tidak merasa terhina, maka tidak mungkin kita mahu bangkit membebaskan diri dari hina!

Temasik-Terasi
24 Oct., 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.