.

1/8/16 MASYARAKAT KITA .... apa rupa bentuk akhirnya?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 26, 2016

Share

& Comment

The New and Old Testament dan Al Quran memberikan gambaran masing-masing tentang Syurga. Saya tidak berani untuk mengatakan the Old and New Tastements itu sebagai Taurah dan Injil kerana Taurah dan Injil dan kedua dokumen yang saya sebutkan itu, dari sudut Islam adalah dua perkara berbeda. Namun apapun, pastinya the Old and New Testaments itu asalnya adalah dari Taurah dan Injil. Al Quran juga salur galurnya adalah dari Zabur, Taurah dan Injil dengan kembangan-kembangan yang muktahir menjadikan ianya Kitab Sempurna. Biar Zabur, Taurah, Injil, Al Quran, the Old and New Testaments semuanya ada menceritakan tentang Syurga. Bahkan dalam Majusi, Taoism, dan fahaman apapun, akhirnya semua menuding kepada satu kehidupan kekal abadi Syurga yang sangat indah akhirnya.

(2) Saya telah menulis sedikit waktu dulu, kenapa manusia berlumba-lumba membina kemewahan di dunia ini. Tangapan saya mudah. Kerana manusia iaitu Adam AS dan Hawa yang menjadi moyang manusia pernah tinggal di Syurga dan mereka pernah menikmati segala keindahan dan kemewahan di sana. Manusia secara azali, berpegang kepada tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Syurga adalah kampong halaman asal manusia. Maka segala warisan Adam AS dan Hawa berpunya chip dalam diri mereka yang boleh membawa mereka ke alam nostalgia Syurga. Maka tidak heran, manusia siapapun, mahu menghambat segala bentuk kemewahan dan kesenangan semasa di dunia. Akibatnya, manusia kerana jumlah populasinya kian meningkat, maka terjadilah pelbagai rupabentuk kelompok masyarakatnya. Itu bukan persoalan saya, yang ingin saya jangkakan adalah seharusnya bagaimana rupabentuk masyarakat manusia yang harus kita tujui pembentukannya?

(3) Cuma lumrah hukum alam yang telah Allah tetapkan, di saat koloni sesuatu mahluknya sudah membiak meluas, maka akan berlaku self correction untuk memastikan kemandirian mahluk itu. Apa lagi jika berlaku pertembungan antara koloni besar mahluk-mahluk yang berbeza-beza maka arus correction akan menjadi lebih dahsat supaya segalanya menuju jalan mampan dan mantap. Dalam dunia Sains Hayat, itulah apa yang disebut sebagai the survival of the fittest. Namun dalam kloni manusia, cara Allah mengurus mahlukNya yang sangat istimewa ini adalah paling istimewa. Allah tidak membiarkan hukum alam semata-mata sebagai jalan untuk mengatur mereka. Kepada manusia Allah turunkan satu hukum khusus yang seharusnya menjadi budaya hidup Adeen mereka dan ianya dinamakan sebagai Islam. Islam adalah budaya, totokromo bagi kesejahteraan umat manusia. Ianya adalah hukum yang Allah sediakan sebagai panduan manusia untuk hidup sebagai khalifah kepada segala di sekelilingnya. Namun dalam tulisan ini, saya tidak akan melebarkan ke bidang tersebut. Saya ingin menulis dan mengutara apa yang ingin saya bicarakan untuk sekian lama iaitu apakah bentuk masyarakat kita ini akhirnya sebelum Khiamat?. What exactly the form of societies that we will be forming in the End of the Day?

(4) The Old and New Testaments dan Al Quran sememangnya ada membicarakan keadaan masyarakat manusia sekitar 100 tahun sebelumnya Kiamat. Itu saya kira adalah bentuk masyarakat di akhir zaman. Namun bukan itu maksud tulisan ini. Saya cuba mengutarakan bentuk masyarakat yang harus terbentuk jika semua patuh kepada Adeen Islam. Untuk itu, pasti banyak yang akan berkata, pasti manusia semua berIman, iaitu patuh kepada ajaran Al Quran. Apakah itu benar? Saya berkira itu hanyalah tanggapan kasar, namun secara khususnya bagaimanakah rupabentuknya? Apakah ianya akan menyerupai kehidupan murid-murid di pondok-pondok dan atau pesantren-pesantren? Mereka kelihatan cukup manut, taat dan redha. Apakah sebegitu kehendak Allah? Kerana jika itu rupabentuk masyarakat manusia yang Allah kehendaki, pastinya kehidpan pondok dan pesantren itu sudah menjadi budaya kehidupan, contohnya orang Melayu. Biar hanya di kalangan orang Melayu, kehidupan pondok dan pesantrenpun saya kira tidakpun sampai ke angka 30 peratus dari bilangan penduduknya, apa lagi bagi manusia sejagat. Maka, saya bernai berkata budaya pondok dan pesantren, hanyalah baru sekelumit dari kehendak bentuk masyarakat yang Allah kehendaki kita bentukkan".

(5) Pasti ada banyak juga akan berkata, "Apa kamu picek? Kenapa tidak kamu lihat ke Mekah dan Madinah?" Saya tidak menafi, dan saya juga tidak berani untuk membenarkan itu. Biarpun saya hanya bertandang ke Mekah dan Madinah cuma dalam tempoh seminggu di setiap satunya, saya tidak berani untuk mengatakan rupabentuk masyarakat di Madinah dan Mekah adalah rupabentuk hakiki masyarakat yang berIman dan berTaqwa kepada Allah. Sebahagian dari ciri-cirinya ada, tetapi saya tidak yakin semua ada di sana. Sholat dan sujud taat kepada Allah sememangnya prilaku utama di Al Haram dan Nabawi. Namun apakah sholat dan taat sujud sepertinya berada di Al Haeram dan Nabawi itu yang hanya Allah tuntutkan dari manusia? Dengan adanya waktu-waktu tertentu sahaja untuk wajib sebegitu, pastinya itulah petanda betapa Allah tidak memerlukan manusia hanya sholat dan sujud taat kepadaNya selayaknya mereka berada di Al Haram dan Nabawi. Bentuk kehidupan manusia di Mekah dan Madinah secara luasnya jauh lebih berbeza dari prilaku mereka di Al Haram dan Nabawi. Bagi saya prilaku di Al Haram dan Nabawi hanyalah sekelumit dari sifat masyarakat yang Allah kehendaki manuisa menjadi. Namun asasnya adalah seperti prilaku di Al Haram dan Nabawi, dan itu saya yakin seharusnyan sebegitu. Cuma tafsiran manusia tentang itu kemudiannya tidaklah sama di antara satu sama lain. Untuk itu, mungkin akan ada yang mengusul, "cuba lihat Madinah dan Mekah di zamanya SAW". Saya kira usul sebegitu juga tidak tepat, lantaran pada zamannya, Madinah dan Mekah tidaklah sempurna. Masih banyak kekacauan. Jadi bagaimana seharusnya bentuk masyarakat yang berIman dan berTaqwa kepada Allah?

(6) Biarpun terdahulu saya berkata, Allah tidak mengurus manusia sama dengan segala mahlukNya yang lain, namun saya yakin bahawa pada caranya Allah mengurus para mahlukNya yang lain ada tanda-tanda bagaimana manusia harus membentuk dan mengurus masyarakat mereka. Saya akan cuba menyorot di bidang ini kemudiannya. Saya juga tidak menafikan kehidupan di Mekah dan Madinah pada masa ini punya pertunjuk bagaimana rupabentuk dan cara umat manusia harus diurus. Jadi dalam menjangka bagaimana seharusnya rupabentuk umat manusia bermasyarakat dan bertemadun, saya akan cuba melihat ianya dari dua sudut di atas iaitu dari sudut Sains Hayat mahluk-mahluk Allah yang lain dan kemudiannya cuba menilai semua itu dari beberapa ciri dan budaya hidup yang sedang berjalan baik di Mekah dan Madinah. In Shaa Allah.

(7) Mahluk Allah yang wujud secara masyarakat atau kloni ada banyak. Saya mengira tidak ada satupun mahluk Allah yang tidak wujud secara kemasyarakatan atau kloni. Sloath dan mungkin panda adalah antara mahluk Allah yang paling jarang bermasyarakat, kelainan pada mereka itu ada maksudnya tersendiri. Namun kebanyakan, mahluk Allah adalah bermasyarakat. Contohnya segala algae, segala tumbuhan daratan, segala virus, segala bakteria, segala haiwan daratan, malah para gunung, batu, pasir, tanah, air, bintang, dan bahkan planet segalanya wujud dalam kloni-kloni tersendiri. Dalam sains Hayat semua mahluk wujud dalam kloni. Dalam Sains Kemasyarakatan, semua mahluk Allah wujud bermasyarakat. Cuma bentuk kloni mahluk-mahluk Allah selain manusia, semuanya berkeadaan homogenous, sama, serupa. Contohnya, kloni lalang di Kedah sama saja dengan kloni lalang di Acheh. Sebegitu juga kloni ayam hutan di Cebu, Filipina sama saja dengan kloni ayam hutan di Chiangmai, Thailand. Namun masyarakat Siam di Songkla pastinya jauh berbeda dari Orang Asli Australia di Darwin. Bahkan orang Melayu Kelantan jauh bedanya dari orang Melayu Kedah, biar punya batas negeri yang sama. Sebegitulah masyarakat manusia, berbeda akibat geo-sosial yang melingkungi mereka. Sesungguhnya, perbedaan dalam dan antara masyarakat manusia adalah dengan kehendak Allah juga. Ini jelas seperti ditegaskan di dalam Al Quran bahawa perbedaan itu ada tujuan jelasnya iaitu agar manusia saling mengenali antara satu sama lain. Biar manusia Siamese Twin apa lagi Down Syndrome, mereka tetap beda. Tidak ada yang persis sama.

(8) Jadi jika Allah sudah mentakdirkan manusia itu berbeza, maka apa perlu dibicara bagaimana rupabentuk masyarakat manusia seharusnya. Persoalan sebegitu munasabah, tetapi tidak benar. Biar mahunya Allah, manusia itu berbeda, namun ada prilaku malah pribadi mereka yang harus sama atau serupa. Maka suatu Mahabijaksana Allah, dalam manusia mencari-cari kesamaan yang harus jadi amalan, Dia telah sediakan untuk manusia lihat, rasa dan seterusnya amalkan terus-menerus. Cuma, seperti saya katakan terdahulu, biar banyak manusia telah melihat, merasakannya, namun kerana lantaran cara berfikir yang berbeda, akhirnya amalan yang Allah telah pertonton malah manusia rasai experienced mereka akhirnya sia-siakan sahaja. Mereka tidak mengamalkannya secara terus-terusan. Jati diri mereka tidak terbentuk dari apa yang telah mereka lihat dan rasai.

(9) Biar kita lihat dahulu bilamana masyarakat manusia diurus secara contohnya kloni semut, dan lebah. Dalam kloni semut dan lebah, pembahagian tugas adalah jelas dan khusus. Strata sosial kloni lebah dan semut juga jelas dan khusus. Sebetulnya, sistem masyarakat seperti ini telah Allah pertontonkan jauh terdahlu, sekitar 5,000-7,000 tahun terdahulu. Bacalah perkisahan strata dan aturan masyarakat di zaman Firaun, Babylon, Yang Tze, Ganges dsb. Semuanya seperti sistem semut dan lebah. Rakyat biasa adalah hamba. Segelintir jadi penguatkuasa, dan hanya satu atau dua jadi yang paling berkuasa. Apa jadi kepada semua bentuk kemasyarakatan manusia sebegini. Semuanya punah. Raja tidak boleh terus hendak bermarajlela sehingga rakyat tidak berpeluang terlepas dari penghambaadbian. Islam tidak membenarkan itu. Sebegitulah Allah terus mengujudkan kloni-kloni lebah dan semut wujud sehingga kini, bukan untuk apa tetapi untuk manusia teliti betapa itu bukan bentuk masyarakat yang harus manusia bentuk. Sememangnya dari lebah boleh didapati madunyang enak, namun pengajaran dan nikmat Allah tidak terbatas; pada kloni lebah ada ilmu yang Allah sembunyikan jika kita mahu berfikir. Manusia tidak boleh membentuk masyarakat yang mewujudkan bermasyarakat untuk manut kepada kehendak dan kepentingan manusia semata-mata. Lebah sebegitulah siaft mereka, akhirnya madunya dilahap haiwan lain ie manusia atau beruang.

(10) Manusia juga tidak boleh hidup sebagai sloath. Perangai dan watak sloath suka bersendiri-sendiri melainkan untuk mengawan. Sloath adalah contoh masyarakat lengai.  Sloath adalah contoh hidupan yang hanya makan dan malas-malas. Saat lengai jadi sifat mahlukNya, maka tuduhan pemalas menjadi ciri masyarakat itu. Allah tidak berkehendakkan umat manusia menjadi sloath, pemalas, mementingkan diri semata-mata. Bahkan Allah juga tidak mahu manusia jadi kloni lalang. Cuba perhatikan kloni lalang, tiada tumbuhan lain boleh hidup di tengah-tengah kloni lalang. Racun alelopati lalang pasti membunuh segala tumbuhan lain di tengah-tengah masyarakatnya. Lantaran itu, saat berlaku kebakaran, apa jadi kepada lalang? Pasti punah. Samalah jika dilanda banjir besar. Maka jadi lalang yang tidak mahu membenarkan kloni lain hidup sama, juga tidak Allah benarkan sebagai model kemasyarakatan manusia.

(11) Manusia boleh mencontohi bentuk kloni haiwan di kawasan separa gurun sebagai satu rupa kemasyarakatan yang tabiat dan ciri-cirinya harus ditreliti baik-baik. Harimau, singa, harimau bintang, gubuk, serigala dsb haiwan pemangsa akan bercampur baur dengan haiwan-haiwan herbivora seperti rusa, kijang, kuda, dsb. Dalam sistem kloni seperti ini, kita akan dapati haiwan pemangsa tidak pula membolot segala haiwan mangsa herbivora untuk diri mereka sendiri. Mereka tidak tampak tamak. Semua sebetulnya mengambil apa yang sekadar cukup dan terhak untuk masing-masing. Gajah tidak menyedut air sungai sampai kering. Harimau tidak membaham semua rusa-rusa. Bahkan rusa-rusa tidak meragut kikis semua rumput. Semua mengambil sekadar yang hak buat mereka. Kuasa Allah, ilmu Allah sebegitulah luasnya terhampar jika kita mahu memerhati, berfikir dan berbuat pada kehendakNya.

(12) Pokok tentang segala pengajaran Allah dari Sains Hayat pada saya adalah tentang pertimbangan keadilan. Bairpun kloni semut dan lebah agak regimented namun tetap ada keadilan di sana. Sang pewira yang bertarung nyawa untuk mempertahankan sarang, pasti diberi ganjaran enak untuk dapat bersetubuh dengan sang permaisuri, yang mustahil berlaku di dalam masyarakat manusia. Sama juga dalam sistem kloni lalang yang kedekut di mana keadilannya datang dalam bentuk kesan musibah di saat ianya datang. Sebegitulah akhirnya dalam kloni haiwan pemangsa dan mangsa. Yang lalai dan lemah harus jadi korban. Pun sebegitu tidak semua harus terkorban. Maka segala yang terhampar di alam semesta ini adalah ilmu yang manusia perlu fikirkan untuk mereka hidup bermasyarakat.

(13) Maka kini biar saya cuba mentafsir ringkas tentang kehidupan di Mekah dan Madinah untuk kita cuba renung dan mudah-mudahan darinya akan timbul taufik dan hidayah Allah untuk kita amalkan. Sesungguhnya dari sebermula, Mekah dan Madinah tidaklah bersahabat friendly kepada SAW, Juga setelah hampir-hampir 20 tahun SAW mendidik ilmu Al Quran kepada masyarakat Mekah dan Madinah, tidak semua menerimannya. Malah pertentangan secara terang dan sembunyi-sembunyi terus berlaku. Sesungguhnya, kepada saya, Allah sengaja menjadikan ianya sebegitu sesuai dengan fitrah syaitan yang telah Allah persetujui. Allah bersetuju syaitan bebas untuk memmesongkan manusia. Maka jika di Mekah dan Madinah, Allah tidak mengizinkan syaitan untuk memainkan peranan mereka, maka keadilan Allah tidak terlaksana. Saya berkeyakinan dalam apapun, kerana segala apaun adalah mahluk Allah, Allah tetap terus beriskap adil kepada semua biar tafsiran siapapun adalah sebaliknya. Maka sesiapa yang berkata, sifat dan watak di Mekah dan Madinah adalah sifat dan ciri-ciri unggul, saya tidak yakin penuh, hanya sebahagian sahaja adalah benar. Cuma tidak ramai yang dapat melihat dan kemudian terus mengamalkan sifat-sifat yang benar ini. Di sinilah akhirnya, setelah kembali dari Mekah dan Madinah, seseorang terus bertyanya-tanya apakah Umrah dan Haji mereka adalah mabruh. Isunya, cara konsep mabruh itu difahami.

(14) Saya tidak hendak menyikap seribu segala sifat baik yang telah Allah tunjukkan malah manusia alami semasa di Mekah dan Madinah. Dalam soal ini saya sempitkan geo-sians sosialnya kepada Al Haram ie lingkungan Kaabah dan Nabawi sahaja. Cuba ambil satu ciri penting dan pertama-tamanya, iaitu cara berpakaian. Kenapa Allah mewajibkan lelaki berpakaian ihram dan tidak pada perempuan semasa dalam umrah dan Haji? Kenapa warna dan rekabentuk Ihram itu serupa saja. Kenapa tidak berubah-ubah warnanya, biarpun bentuknya serupa? Kepada saya, hikmah Allah mudah. Untuk diterima Allah apapun tentang manusia, dia mesti menghormati manusia-manusia lain setaraf dirinya. Raja jangan meraja. Perdana Menteri jangan perdana. Semua harus biasa-biasa, zuhud kata Al Quran, merendah diri kata Melayu. Di Al Haram dan Nabawi, Allah seperti mewajibkan para tetamunya harus berpegang kepada sifat merendah diri. Raja dan pemimpjn harus merendah diri ke taraf rakyat, sedang di pihak rakyat pula harus berasa selesa bersama raja dan pemimpin mereka. Tidakkah itu sebetulnya apa yang terjadi di zaman SAW? SAW cukup merendah diri, zuhud sehingga siapapun berasa selesa dengan beliau. Hakikatnya, merendah diri adalah sifat sujud kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Dan jika sifat setiasa merendah diri itu ada, maka saya berkira itulah bentuk masyarakat yang Allah ingin manusia bentu.

(15) Lebah cukup merendah diri. Semut juga serupa. Lihat algae, juga sama. Malah bakteria dan virus tetap merendah diri. Lalang lain ceritanya, apa lagi enau. Maka jika lebah dan semut terus berada, maka lihatlah adunan kloni haiwan-haiwan ini dengan the wild semi desert lives sebagai jalan seharusnya masyarakat kita dibangunkan.

(16) Cuma pokoknya yang kita lupa dan tidak nampak, Allah Dia ingin manusia jadi umat merendah diri sujud dengan mengadakan Kaabah dan Al Quran. Kita di Malaysia jika inginkan masyarakat kita sejahtera makmur dan taat kepada Allah, maka institusi menyerupai Kaabah dan Al Quran perlu ada. Masjid-masjid kiat perlu dibangun dengan cara lain dan fungsian yang lengkap. Masjid harus kembali dibina sebegai fungsian di zaman SAW, buka hiasan monumen seperti kini. Masjid adalah Kaabah pada sifat tersendirinya. Namun Masjid tidak berperanan sebagai Kaabah, melainkan monumen-monumen keIslaman yang tidak diraikan seluasnya. Di situlah kita masih kurang. Apa lagi tentang institusi Islami kita. Yang ada adalah institusi tardisioanl, dibangun untuk tujuan tradisioanl dan diurus secara tradisional. Kita ada JAKIM dan institusi Islam peringkat Negeri, namun saya nampak, khususnya JAKIM lebih sebagai alatan politik dari wadah untuk merancang dan memantau perlaksanaan pembinaan Ummah seperti yang Allah kehendaki. Lantaran itu, kita terus berantakan selagi wujud keberantakan politik.

Kuchin, Sarawak
26 August, 2016

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.