.

1/5/17 MASYARAKAT ISLAM SARAWAK.... di mana dan ke mana kita?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 31, 2017

Share

& Comment

Semasa Rahman Yaakub dan Taib Mahmud, halehwal Islam dan masyarakat Islam di Sarawak diurus oleh seorang bertaraf Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri. Namun di zaman Adenan, cara beliau agak berbeza dengan melantik seorang penjawat awam sebagai Yang DiPertua Majlis Islam (MAIS) dan jawatan tersebut diubah menjadi bertaraf Menteri. Namun beliau bukanlah ahli politik. Sebelum ini, YDP MAIS sering dipegang oleh pesara dari penjawat awam. Dengan itu, Adenan telah meletakkan usaha membina masyarakat Islam pada kedudukan yang jauh lebih tinggi dari semua Ketua Menteri sebelumnya. Alhamdullillah Ya Baruk Denan!. Saya tabik dengan perubahan yang beliau lakukan itu. Mudah-mudahan usaha itu mengasak konsep transformasi dalam membina dan memperkukuh masyarakat Islam di Sarawak. Sekian waktu, masyarakat Islam Sarawak hanya membangun pada jalan lesu dan tanpa keberanian. Pada hemah saya, Muslimin di Sarawak sejak sekian lama dibangun dalam konsep petronage. Muslimin tidak terbangun pada asas yang mereka harus dibangun.

(2) Dalam masa yang sama juga Adenan telah mengangkat Douglas Uggah selain dari portfolio beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri juga sebagai Menteri bertanggungjawap dalam halehwal bukan Islam. Dengan segala potforlio yang disandang Uggah, beliau kini menjadi Paramount Chief bagi kaum Pribumi Bukan Melayu di Sarawak. Dengan langkah-langkah ini, Adenan seperti melakukan suatu liberalisasi dalam membina semua kaum di Negeri ini. Di sini sekali lagi saya memberikan tabik Ya Baruk Denan!.

(3) Sebelum dan semasa PRN 2016 Adenan seolah-olah telah sangat memanjakan kaum Tionghua dengan pelbagai usaha. Adenan membantu dalam pengembangan Sekolah Kebangsaan Cina. Beliau kemudian mengiktiraf Sijil Perperiksaan Sekolah Cina. Kini setelah menang besar, Adenan ternyata berani membuat kejutan lanjut dengan menzahirkan konsep transformasi; penjelmaan di dalam cara beliau hendak membina Sarawak. Beliau seperti berwawasan untuk membina Sarawak yang utuh. Sesungguhnya, dengan memanjakan kaum Tionghua dan Pribumi Bukan Melayu Adenan, seperti sedang meletakkan Menteri Halewal Islam dan masyarakat Islam Sarawak (MeHIS) ke dalam kandang sabung ayam. Maka dari sini saya ingin mengajak semua untuk memerhati apakah MeHIS yang berkenaan akan sekadar menjadi pengusaha judi sabung, penyabung, tukang sorak, atau pengembala ayam tambatan yang hebat dan atau keempat-empatnya sekali, pasti waktu akan menyaksikannya. Kini di bawah Abang Jo, struktur Bahagian Halehwal Bukan Islam telah diperkemaskan dengan perlantikan pegawai-pegawai ke jawatan tetap pada fungsi dimaksudkan. Nang hebat urang Sarawak, di Malaya perkara seperti ini ditakuti, tetapi tidak di Sarawak.

(4) Penyusunan dan pengukuhan Bahagian Halewal Bukan Islam di Sarawak tidak harus dicurigai. Allahpun membebaskan Iblis untuk berbuat sesuka hatinya, dengan satu jaminan Neraka Jahanam buat mereka. Dalam persoalan Muslim di Sarawak, pengujudan Bahagan Halehwal Bukan Islam bukan perkara yang harus kira polimikan, namun sikap kita harus berubah dari bercakap hal orang lain, maka wajar kita mencari jalan mengukuhkan diri sendiri. 

(5) Maka isu pokoknya, dengan berlatarbelakangkan Islam sebagai anutan agama minoriti, apakah jalan pilihan Sarawak ke arah memperkasa Muslimin dengan Islam. Pokok persoalan yang ingin saya tegaskan adalah Muslimin di Negeri malah Negara ini masih tidak sepenuhnya berAdeen Islam. Soal keImanan masih di tahap goyah sehingga terlalu banyak kekangan harus diadakan bagi melindungi mereka. Muslim di Sarawak dan Negara ini masih lagi bersifat bayi dan mungkin juga anak-anak down syndrome yang sukar mengurus diri sendiri. Sampai kapankah kita harus sebegini. Sangat pelik bila Allah begitu yakin bahawa Islam telah sempurna, sedang UmatNya masih terkapai-kapai bahkan boleh nyasar?

(6) Sangat anih kini, Islam seoalah-olah banyak jenamanya. Islam Hadari. Islam Moderate. Islam liberal. Islam Fanatik. Islam itu. Islam ini. Malah di kalangan Umat Islam di Negara ini, kian menuding dan menghina sesama sendiri dengan menggunakan dan kerana kelainan Islam yang diamalkan. Masing-masing sedang bertelagah untuk menegakkan kebenaran Islam masing-masing. Namun akhirnya, mereka terpenagkap dan terjerat dalam kancah yang tidakpun dapat memerdekakan diri mereka. Mereka terus terbelenggu dan sesat. Sesungguhnya Islam itu telah sempurna, dan tidak memerlukan apa-apa pembaikan dan atau perubahan. Yang perlu diubah dan dibina adalah masyarakat Islam; Muslimin di Sarawak dan Negara ternyata keIslaman mereka masih jauh corotnya. Maka di sini timbul dalam benak fikiran saya, sepertinya apa juga tumbuh-tumbuhan malah haiwan, Allah telah menentukan mereka hidup subur pada alam cuaca yang ada. Contoh, durian; hanya ada di wilayah Nusantara. Juga cuba lihat, harimau, singa tidak ada di Borneo biar ianya wujud di Nusantara Daratan. Namun singa dan harimau di Borneo Allah tukarkanpengkelana Islam yang sedang bertelagah tentang jenama Islam mereka agar belajar saja dari cara Allah mengurus alam haiwan dan tumbuhan yang bersandarkan keadaan. Wujudnya segala mazhab dalam Islam yang difikirkan oleh para ulama silam, adalah selaras dengan konsep tersebut. Maka kita di Sarawak dan Negara ini, harus mengamalkan Islam yang selari dengan keperluan Negara Majmuk. Saya yakin itulah apa yang Allah telah tunjukkan pada pemerintahan SAW di Madinah, para sahabah besar selepasnya, dan malah di Baghdad, Damshek, Andalusia, Mesir, Mongol, Turki, Moghul dan rantau Nusantara sebelum ini. Semua Kerajaan dan masyarakat Islam terdahulu bisa kuat dan terus berkembang lantaran mereka pertama-tama kental Iman mereka, dan kedua mereka sesuaikan budaya Islam dengan keadaan keliling mereka.
(7) Saya melihat, Tauhid dan Iman adalah perkara pokok. Jika Tauhid dan Iman kental, maka Muslimin boleh dalam soal-soal kehidupan seharian menyesuaikan diri mereka dengan keadaan setempat. Ambil contoh, Islam menghendaki penganutnya untuk menutup aurat. Pada zaman dulu-dulu, umat Melayu menuruti seruan sebegitu dengan memakai pelikat bagi lelaki dan kurung-sarung bagi perempuan. Kain pelikat dan kurung itu saya kira adalah adunan budaya Budha-Hindu dan Cina. Sebegitulah lumrah hukum Allah jika dapat saya tafsirkan dari sejarah silam Islam. Cuma yang menjadi celarunya, bila Melayu sedang berperang dengan jati diri mereka sehingga Islam diheret bagi menegakkan hujah masing-masing.

(8) Perkara pokok kedua yang harus pemikir dan pemimpin Islam Sarawak perlu lihat adalah soal Muslim sebagai golongan minoriti, biar mungkin bukan persoalan berat. Namun minoriti pasti harus menjadi penelitian cermat lantaran Muslim minoriti dalam hubungan Sarawak itu duduknya dalam lingkungan majoriti yang sedang lapar. Sesungguhnya, Muslimin Sarawak juga sedang lapar dan dahaga. Maka untuk mengurus Sarawak kini adalah harus dengan kesedaran mengurus kegulatan dalam kelaparan semua kaum. Di alam sejadi Allah, sekelompok harimau lapar dalam lautan rusa pasti tidak menjadi persoalan, namun saat sekeluarga rusa berada dalam lautan singa, pasti itu harus memerlukan pemikiran dan langkah strategis untuk menyambung hidup dalam jalan paling menjaminkan. Apa lagi jika sekumpulan gubuk lapar berbaur dengan singa lapar, pasti setiap satu mahu menganyang yang lain. Maka pokoknya, harus tidak wujud kelaparan agar semua berjalan damai. Maka faktor-faktor yang menimbulkan suasana lapar itu harus kita teliti baik-baik dan hindarkan.

(9) Saya yakin Tok Nan dan kini Abang Jo sudah arif tentang wujudnya suasana lapar di masa silam. Politik Sarawak semasa Tok Nan boleh dikira politik menghapus kelaparan. Mudah-mudahan di zaman Abang Jo, perkara ini diteruskan, dan jangan kembalikan Sarawak kepada keadaan berlapar sepertinya terdahulunya.

(10) Sesungguhnya, Muslimin Sarawak tidak boleh berserah kepada kuasa Allah untuk memperkukuh diri mereka, kerana kuasa Allah itu saya perhatikan sangat tergantung kepada hukumNya yang  lebih kurang berbunyi Kamu yang menentukan untung nasib diri kamu. Hukum Allah itu memerlukan kita bingkas sendiri. Tangan Allah lumrahnya hanya turun menjamah menghulur rahmat jika dan hanya jika, JIKKA, umat Islam telah berusaha keras dan dengan penuh bijaksana untuk memperkukuhkan diri mereka dengan Islam. Maka sesungguhnya, usaha Adenan mengenengahkan transformasi dalam cara mengurus bukan Muslimin harus mengetarkan kuat setiap jantung Muslimin apa lagi jantung dan otak Pak MeHISS berkenaan untuk memastikan Muslimin Sarawak adalah pada jalan Islam yang Islam; tidak kurang dan tidak lebih. Saya amati, sering di masa lalu juga masa terdekat kini, usaha membina Muslimin Sarawak sangat tergantung kepada mood yang memimpin. Saat mood bagus dan apa lagi jika dokongan Muslimin adalah sangat-sangat diperlukan maka lembutlah tulang dari lidah para pemimpin ini, namun saat mood agak kendur maka keras sekali hukuman terhumban kepada Muslimin. Saya berani mengatakan ini dengan mengambil contoh sewaktu-waktu betapa Kampung Igan, Beladin, Simunjan, Kampung Seberang Kuching, Tabuan Setinggan dan banyak lagi sebagai contoh Muslimin pernah terhukum berat lantaran mood kepimpinan yang tidak menerima mereka. Sesungguhnya mood yang saya maksudkan sangat terkait dengan ego dan dendam. Kepimpinan ego dan dendam di atas penzahiran rasa hampa kecewa rakyat mengakibatkan hukuman meminggirkan mereka menjadi jalan pilihan masa lalu dan bahkan terdekat kini. Paling jelek, saya perhatikan, usaha-usaha membina Muslimin lebih bercorak patronizing yang jika ditafsir ke dalam Bahasa Melayu Lama Sarawak memboyok; mengambil hati. Saya kata memboyok kerana tujuan usaha membina itu tidak lain dan tidak bukan agar Muslimin terus jinak untuk dipergunakan. Jika di Malaya; Kelantan, Kedah, Trengganu dan Perak pernah terhukum hanya kerana mereka PAS dan tidak UMNO, dan kini Selangor dan Pulau Pinang juga sedang terhukum, maka sebilangan Muslimn Sarawak juga pernah melalui itu biarpun kita semua yang membina Sarawak dan Malaysia. Untuk pemimpin yang ego dan dendam berNegeri dan berNegara adalah pada kemestian mengikuti segala kehendaknya dan kepelbagaian dalam dunia Allah bukanlah contoh terbaik biar dari mulut mereka berhamburan seruan agar Islam harus dijadikan landasan teladan jalanan. Dada mereka penuh munafik dan fasik. Mereka tidak menerima kelainan Ummah sebagai cabaran untuk bekerja lebih kuat dan penuh hikmah.

(11) Maka cabaran paling besar bagi Pak MeHISS adalah untuk jantung dan otaknya sangat terbuka kepada keluhuran Islam dalam membina Ummah. Muslimin lapar dan dahaga dalam lingkungan majoriti lapar Sarawak sangat-sangat memerlukan jalan pembelaan pada keluhuran sebenar Islam; tidak lebih dan tidak kurang. Prejudis kedaerahan harus dikikis. Sikap orang Kuching, orang Kuching; orang Laut, orang Laut, kalangan Abang terus berabangan dan kalangan Wan terus berWanan, harus ditepis di saat-saat kita semua sedang tercabar kemandiriannya. Apa lagi yang bertahta sebagai prejudis suku. Semua sikap prejudis harus dikikis habis. Islam adalah terbuka, mudah dan sejahtera. Jangan jalan sulit dan berahsia harus kita gunakan untuk membina Ummah. Sesungguhnya, model lurhur dalam membina Ummah itu sudah ada dan terbukti berjaya, cuma capaian manusia kini tidak pernah menyelongkar model itu sedalam dan seluasnya. Semua sangat asyik menyorot dari kacamata lain dari Islam luhur yang seharusnya.

(12) Saya pernah menulis, betapa Muhammad SAW itu wujud demi mengembali menyuburkan Islam yang telah wujud sebelumnya namun tercemar terpesong sesat lantaran ego, tamak dan dengki para penganut apa lagi pemimpin di kalangan mereka. Islam lahir ke bumi Allah di Mekah, dan saya terbaca, para malaikat pertama-tama mendirikan Kaabah di Mekah sebagai tempat panduan sujud semua mahluk Allah di bumiNya. Lantas, manusia juga pertama-tama turun ke bumi di Mekah dan bersatu kembang berkeluarga dari sana. Sesungguhnya, pembinaan Kaabah di Mekah gersang itu punya falsafah yang sangat luas dalam soal pengabdian diri manusia kepada Ilahi. Allah seperti tidak mahu manusia mendongak terngadah ke langit dalam memdapat restuNya. Allah mahu manusia sujud ke bumi pada satu arah iaitu Kaabah sebagai tanda betapa kita ini asalnya adalah dari tanah dan debu maka saya berfikir falsafahnya adalah agar kita terus sedar akan asal muasal kotornya kejadian kita agar kita tidak ego, tamak dan dengki. Allah, Mahabijaksananya Dia, mendidik kita dengan terlalu banyak teladan alami, namun banyak yang tidak kita sedari melainkan bagi mereka yang mahu berfikir.

(13) Sesungguhnya, Iblis sebelum kejadian manusia adalah ketua bagi segala mahluk ciptaan Allah. Namun saat tahta ketua Iblis Allah cabut dan diganti dengan manusia, maka sifat ego, tamak dan dengkinyapun menjelma dan menjadilah dia mahluk yang engkar dan menyesatkan. Maka lantaran kita semua adalah dari tanah dan debu maka bersujudlah kita ke arah itu untuk menundukkan rasa ego, tamak dan dengki dari menguasai diri kita. Saya yakin, jika itu kita sadari, maka segala perjuangan kita pasti di jalan luhur Islami; iaitu zuhud. Maka model asas dalam membina Ummah adalah agar pemimpin harus bersikap mennjukkan dan menjalani kehidupan zuhud. Tunduklah kepada zuhud, dan sedarlah, rahmat Allah kepada para zuhudeen adalah jauh lebih luas dan nikmat dari yang menghambat duniawi. Cuma bila saya berkata sebegitu, janganlah pula bertanggapan saya mengajak pembaca untuk jadi miskin. Kita carilah kekayaan demi untuk membela Bangsa, Islam dan Negara ini. Dalam budaya Melayu, jadilah seorang yang merendah diri, namun bukan pula berupa rendah diri.

(14) Keduanya, Muhammad SAW terlahir di Mekah. Beliau mendewasa di Mekah. Mekah itu adalah Kampung kepada Ibrahim AS bapa bagi umat-umat terbesar Ilahi. Islam tumbuh di bumi lewat Mekah. Namun Mekah itu gersang dan menyulitkan. Kenapa Mekah jadi pilihan Allah untuk melahirkan Islam dan bahkan menyempurnakan Islam sebagai Adeen Ummah? Paling anih biar Muhammad SAW itu adalah penyelamat Ummah namun, Mekah bukanlah paling bersahabat buat beliau. Mekah asalnya adalah paling menyeterui beliau. Beliau hampir-hampir saja terkorban di Mekah. Bahkan umat pimpinan Muhammad SAW hampir-hampir saja jadi korban dari kebejatan Mekah. Sepertinya, Allah yang menjadikan Muhammad SAW itu penyelamat tetapi Allah tidak memberikan dia jalan mudah. Kenapa? Maka wujudlah ketika itu suasana minoriti lapar dan dahaga dalam lingkungan majoriti yang ganas kelaparan biar konsep dan darjahnnya sangat berbeda dengan apa yang Muslimin Sarawak kini sedang lalui, namun falsafahnya tetap serupa. Kepada saya, itulah asas dan cabaran model jalan transformasi Muslimin Sarawak yang harus kita teliti. Kita harus sedar kita sedang berada di lautan lepas ganas untuk hidup dan kuat. Dengan Islam, Allah membuktikan kesejahteraan dan keperkasaan itu boleh tercapai. Islam menjamin itu selagi Islam adalah landasan kita. Maka model perjuangan kita harus luhur di jalan Islam, iaitu berbuat penuh jujur hanya kerana Allah. In Shaa Allah.

(15) Pasti faktor ketiga yang harus kita perhatikan berat dalam usaha kita membina Ummah adalah pandangan kita tentang Islam itu sendiri. Islam itu menurut Islam bukanlah sebuah agama pada tafsiran Barat. Islam harus dilihat dari sudut Islam dan tidak boleh dilihat dari sudut lain. Ini bukan soal tok tok; jumud tetapi itulah relativitinya. Islam tidak boleh disorot dari sudut lain, Ibarat jangan membandingkan epal dengan jambu batu. Jambu batu bandingannya hanyalah keluarga jambu tidak selain dari itu. Kura-kura harus dilihat dari sudut Crustacea lainnya dan tidak harus disorot dari sudut mamalia. Di dunia Barat, agama adalah urusan antara Tuhan dan individu. Maka di Barat, agama itu soal pribadi. Negara dan masyarakat tidak terikat dengan prihal agama. Agama dan dunia harus terpisah jelas. Itu logika mereka dan mereka punya sebab dan sejarah tersendiri untuk berbuat sebegitu. Dalam Islam; Islam itu adalah Adeen, beda dengan tafsiran agama oleh Barat. Adeen maksud ringkas dan mudahnya adalah budaya; ketemadunan yang kini boleh saja disebut sebagai lifestyle; gaya hidup atau kehidupan. Lantaran itu, Islam dengan individu, dengan masyarakat, dan dengan Negeri atau Negara harus diperlakukan bersepadu. Ianya tidak boleh terpisah. Biar Islam boleh berdiri sendiri, tetapi Ummah tidak berdiri tanpa Islam. Ummah tidak berdiri sendiri-sendiri. Ummah adalah individu, masyarakat dan Negara yangv terbina oleh Islam. Model bagi bentuk sebegini juga telah Allah tunjuki lewat Madinah Al Munawarah. Muhammad SAW telah Allah programkan lewat hijerah untuk membina model pembinaan Ummah yang harus menjadi sorotan umat kemudiannya. Jalan yang Allah tunjuki itu persis tepat sehingga kini lantaran itulah suasana dan cabaran perjuangan mendirikan Ummah waktu kini dan ke depan. SubhanaAllah.

(16) Saban tahun kita meraikan Sambutan Maal Hijerah sebagai mengingati korban SAW dalam mendirikan kembali Islam. Acara Maal Hijerah kita raikan lebih sebagai acara peringatan Ulang Tahun. Jarang sekali kita menyorot hijerah lebih dari itu. Biar hijereh itu telah berlalu 1,400 tahun dahulu, namun Mahabijaksana Allah, Dia terus menginganti kita tentang survival,; mandiri hijerah lewat fenomena azali alam. Unggas, insekta, hidupan laut, hidupan daratan dsb terus-terus Allah paparkan berhijerah sebagai strategi kemandirian hidup mereka. Cuma, lantaran kita berfikir sempit, maka paparan hijerah azali Allah itu kita lihat sebagai fenomena kemandirian hidupan liar, dan bukan strategi perjuangan memperkukuh Ummah. Fikiran sempit kita menyempit rahmat Allah nan terbentang luas di hadapan kita. Kita tidak pernah arif dalam menilai rahmat Allah seluas-luasnya. Maka hakikatnya, hijerah SAW itu adalah strategi perjuangan. Sasaran SAW; KPI Allah buat dia, adalah pembersihan dan kembali mendaulatkan Islam di Mekah. Mekah ie Kaabah, Allah perintahkan SAW untuk kembali jadikan central pusat bagi penyuburan Islam. Itu suatu perjuangan besar, lantaran galangnya Quraish Jahilliah bukanlah bangsa yang kecil dan lemah melainkan bangsa yang sudah punya temaddun tersendiri dan gagah perkasa. Maka untuk merobah Jahilliah Quraish menjadi Muslimin bukanlah perkara mudah. Biar Abi Thalib, bapa saudara sedarah daging terhormat Muhammad sendiripun tidak menerima Islam dengan mudah. Apa lagi dari latar belakang asalnya Muhammad SAW hanyalah seorang miskin payah berbanding latarbelakang para pembesar Quraish yang kaya raya. Di sinilah juga Mahabesar Allah, asalnya sang kerdil, saat tulus jujur adalah strategi perjuangannya maka apapun usahanya kemudian pasti berhasil juga. Sebegitulah Allah menjadikan Muhammad SAW sebagai model asas perjuangan kita biar kapan dan keadaannyapun.

(17) Sesungguhnya Yathrib iaitu asalnya Madinah yang menerima Muhammad SAW dan pengikutnya, bukanlah Madinah yang mutlak bersahabat. Madinah yang menerima Muhammad adalah Madinah yang sangat-sangat memerlukan bantuan Muhammad SAW. Hakikatnya, Madinah menerima Muhammad SAW bukanlah asalnya untuk membantu Muhammad SAW tetapi Madinah yang berharap bantuan Muhammad SAW. Puak Kawarij dan Al Ansar di Madinah adalah puak-puak yang sangat terancam oleh puak-puak lain di Madinah. Puak Yahudi adalah di antara yang sangat mengancam mereka. Lantaran itu, ketulusan Muhammad SAW dalam apapun telah menjadi senjata paling ampuh untuk mereka bersekutu menantang musuh-musuh mereka. Muhammad SAW dan pengikutnya puak Kawarij dan Al Ansar terima sebagai keluarga mereka lantaran kejujuran perjuangan dan segala tindakan mereka. Sesungguhnya, hijerah Muhammad SAW adalah petanda Mahabijaksana Allah. Itulah strategi yang Dia aturkan untuk kita mengerti di dalam perjuangan kita membina Ummah waktu kini. Pembinaan Ummah di Madinah Al Munawarah Muhammad SAW telah tekankan melalui strategi membina manusia-manusia Insani. Sebelum saya menghurai mengenai itu, saya harus dulu kembali kepada konsep Islam itu adalah Adeen.

(18) Islam adalah Adeen iaitu sistem kehidupan yang lengkap dan sempurna. Islam adalah kehidupan dan peraturan kehidupan. Maka Islam adalah sebuah temaddun, bukan sekadar hubungan kerohanian antara manusia dan Tuhannya. Temaddun Islam adalah temaddun yang di asaskan dari panduan Ilahi. Ianya bukan temaddun dari buatan manusia semata-mata sepertinya temaddun Nile, Ganges, Tigris, Yangtze dsb. Lantaran Islam itu adalah sistem hidup iaitu kehidupan dan peraturan hidup, maka Islam melahirkan Ummah. Ummah tidak sama dengan nation Negara Bangsa. Negara Bangsa adalah kelahiran Barat. Ummah lahir mendahului Negara Bangsa ciptaan Barat. Ummah lahir dari sejak Adam AS. Negara Bangsa lahir dari keruntuhan Temaddun Islam Instanbul dan Kardoba sekitar 700-800 tahun dahulu. Islam tidak kenal Negara Bangsa, Islam adalah kelompok manusia sejagat. Ummah adalah bersaudara. Ummah tidak berpunya batas strata sosial, kaum atau kelompok dan negeri. Di mata Allah, Ummah itu semua setaraf dan cuma berbeda lantaran keImanan dan Taqwa mereka. Namun dalam perspektif pembangunan Ummah di Sarawak, cakupan bidang tanggungjawab MeHISS tidaklah seluas menyeluruh sepertinya tafsiran Adeen Islam. Pastinya tanggungjawab MeHISS terbatas kepada perkara-perkara tertentu sebuah Adeen Islam yang luas. Perkara ini tidak harus dipersoal dan tidak juga perlu dipolimik lantaran Ketua Menteri sudah ada untuk melihat dan mengurus hal-hal lain untuk melengkapi tanggungjawab MeHISS. Maka di sini timbullah persoalan, apakah bidang tumpuan seharusnya bagi MeHISS dan segala institusi di bawahnya?

(19) Untuk menjawab persoalan di atas, maka wajar kita kembali kepada Sejarah Ketemadunan Islam silam kita. Kita harus melihat Temaddun Islam Madinah berbanding Temaddun Islam Baghdad, Damshek, Mesir, Kardoba dan akhirnya Istanbul. Urutan sejarah ini, pasti bisa memberikan kita suatu pertunjuk jelas jalan mana harus kita pilih. Allah tidak menjadikan apapun sia-sia bagi mereka yang jelas mahu berfikir. Maka ayuh kita berfikir kritis tentang jalan perjuangan kita.

(20) Muhammad SAW membina Kerajaan Islam Madinah berteraskan strategi pembinaan Insaniah Islami.  SAW tanpa jemu terus membina Ummah yang kental Tauhid dan Iman mereka. Beliau membina tarusan mereka yang mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Al Quran. SAW pada masa itu tugas beliau tetumpu kepada soal-soal mendidik dan menerapkan roh sebenar Islam di kalangan para sahabah pimpinan bawahan beliau. Pimpinan inilah kemudiannya beliau selebarkan ke seluruh dunia Arab bagi mendidik rakyat tentang Tauhid dan Iman. Secara ringkas, SAW adalah sebuah Institusi Pendidikan Islam yang terunggul. Darjat beliau dalam penebaran Islam, bukanlah sebagai seorang manusia, beliau diangkat menjadi sebuah Institusi. Sesungguhnya, semua Nabi dan Rasul membina Ummah pada jalan mendidik mereka. Maka dapatlah saya rumuskan bahawa Nabi dan Rasul itu adalah Institusi Pendidikan Islam.

(21) Di awal tulisan ini, saya katakan bahawa Tauhid dan Iman Ummah di Sarawak masih longar malah goyah adalah bersandarkan pemerhatian-pemerhatian antara lainnya sepeti berikut. Pertama, masih banyak kawasan kependudukan Melayu sepertinya belum disentuh Syiar Islam. Ramai kalangan yang dewasa dan apa lagi yang muda-muda, alpa tentang kewajiban mereka. Kedaan ini telah berterusan untuk sekian lama. Maka, di manakah kesannya kewujudan JAIS, BaitulMal, JAKIM, Lembaga Masjid dan Surau di Negeri ini? Jika saya mengambil ucapan Umar Al Khataab, maka wajar saya menyoal tidakkah terus alpanya Umat Melayu ini akan menjadi beban di akhirat buat Pak MeHIS nantinya? Benar, kesalahan seseorang adalah tanggungan masing-masing, namun tanggungan kepimpinan saya kira Umar Al Khataab pasti benar. Melayu yang corot Tauhid dan Imannnya adalah menjadi tanggungjawab Pak MeHIS untuk memperbetulkannya. Pak MeHIS yang menjaga segala Institusi Islam harus mengambil langkah wajar dalam memperbetulkan keadaan ini. Saya pernah berbincang dengan Pengarah JAIS tentang ini, namun ianya mati di meja makan sahaja.

(22) Keduanya, cuba ke Masjid-Masjid di waktu Jumaat, Maghrib dan Isya (jangan disebut Subuh) bagaimana sambutan di kalangan contohnya anak-anak sekolah. Pergilah keluar bandar. Apakah guru-guru KAFA dan para Ustaz di sekolah-sekolah peduli akan kehadiran murid-murid mereka di Masjid-Masjid setidak-tidak di hari Jumaat. Saya yakin tidak. Saya tidak nampak usaha-usaha ke arah itu. Sangat payah untuk saya menemukan anak-anak sekolah berada di Masjid pada waktu sholat Jumaat.  Anak-anak di hari Jumaat lebih gemar melayan nafsu malasnya dari terus ke Masjib untuk bersama-sama masyarakat menghadap Allah. Bahkan saya tidak nampak para ustaz apa lagi ustazah untuk berada di Masjid-Masjid setempat pada hari Jumaat. Jika guru kecing berjalan, pasti murid-murid kencing berlarian. Contoh dan kesungguhan para pendidik di luar bilik darjah sudah pudar. Tetapi jika kita ke Indonesia, biar hanya di peringkat Taman Asuhan, guru-guru cukup peluli untuk mengajak murid-muridnya mengimarakkan Masjid. Di luar-luar bandar di Sarawak, Masjid seolah-olah buat mereka yang akan mati besok. Kenapa ini terjadi? Maka saya berkira wajar Pak MeHIS meneliti sifat-sifat dan tanggungjawab para pendidik Islam ini dan seterusnya juka menyemak kembali cara dan nuansa pembinaan Masjid-Masjid di serata Negeri ini. Memasyarakatkan Masjid harus menjadi penelitian hebat Pak MeHIS.

(23) Ketiga. Cuba lihat genjala sosial di kalangan Umat Melayu. Kian suka mabuk satu hal. Sejak di peringkat anak-anak lagi ramai yang suka cuba-cuba minum arak. Berpelesaran tidak karuan satu lagi hal. Pergaulan bebas yang menjurus kepada keterlanjuran sehingga bunting, menikah muda dan cerai sudah menjadi lumrah. Masyarakat seperti sudah menerima budaya 'test' dulu baru menikah. Mencuri, melacur, pondan, menipu, dsb segala genjala yang Islam tidak sukai terus bertahan hebat dalam budaya Melayu. Apa lagi di saat kegawatan ekonomi, pasti segala ini menjadi semakin marak. Di peringkat professional, bukan professional dan malah kepimpinan di merata tempat, budaya sukakan rasuah, khianat, tamak, salah guna kuasa dsb juga kian meresap mendalam dan mendasar di kalangan masyarakat kita. Kita kian tidak mahu bersuara apa lagi berusaha membenterasnya. Sesungguhnya kelestarian malah semaraknya sifat-sifat buruk di kalangan Umat Melayu adalah tanda-tanda betapa perjalanan pendidikan Islam di Negeri dan Negara ini kian tidak mantap dan tidak berkesan. Kenapa? Sya berpendapat, Pak MeHIS harus banyak menghabis masa berfikir, mencari jalan dan bertindak tegas dalam memperbetulkan semua ini. Kumpullah mereka yang bistari dan jujur bagi menjana buah fikiran dalam menerjah semua ini. Kita harus sedar, musnahnya kaum Lut, binasanya Firaun, malah sengsaranya Yahudi semua kerana amalan-amalan seperti yang saya sebutkan di atas sangat berleluasa di zaman mereka. Kita jangan biarkan api dalam sekam menjalar dan akhirnya semarak membara baru kita mahu mulai sedar.

(24) Benar, urusan pentadbiran Islam mencakupi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Kita ada dua tahap kuasa. Namun, adalah sesuatu yang tidak masuk akal, jika Pak MeHIS tidak dapat menyelaras semua ini. Cuba lihat, Queen Britain adalah Queen bagi New Zealand, Australia, Papua New Guinea dan banyak lagi kepulauan-kepulauan kecil di Pasifik dan Atlantik. Amerika juga pernah dinaungi Queen Britain. Namun, sikap negara-negara kloni ini terhadap Queen adalah sama, namun cara mereka mengurus halehwal masing-masing adalah cukup terkesendiri. Akhirnya mereka menjelma menjadi Negara hebat yang tersendiri. Jika kita belajar dari contoh tersebut, pastinya Islam di Sarawak boleh diurus mengikut keperluan Sarawak. Kita tidak perlu ikut apa yang Putera Jaya mahu. Yang penting Islam terus semarak, Ummah terus utuh.

(25) Maka dalam soal ini, saya percaya dan yakin Pak MeHIS harus punya wawasan tentang rupa bentuk masyarakat Islam di Sarawak. Alangkah moleh, contohnya jika masyarakat Islam di Sarawak adalah merupakan golongan terhormat lantaran pada keseluruhan kehidupan mereka sangat berpaksikan Tauhid dan berIman kukuh kepada Allah. Dalam kata lainnya, mereka terhormat kerana mereka patuh kepada kehendak Islam dari segi akidah, politik, sosial, dan ekonomi. Dalam kata pendeknya, Umat Islam Sarawak harus mempunyai ciri-ciri professioanlisma Islami yang tinggi. Maka kerja-kerja untuk menyemai Tauhid dan Iman yang kental di kalangan Umat Islam di Sarawak haruslah mengikut pendekatan dan budaya masyarakat Sarawak. Kita jangan terikut-ikut budaya Arab, India, Iran, Indonesia, Malaya, dsb yang bersifat melampau contohnya terjerit-jerit memekakkan telinga di Masjid-Masjid. Jika cara itu baik, pastinya di Arab, India, Iran, Indonesia atau Malaya  pastinya Umat Islam di sana semua sudah baik-baik dan berjaya. Namun ternyata mereka sedang dalam kacau celaru tidak henti-henti. Maka saya melihat, di Sarawak wajar pendekatan jalan memperkukuhkan Tauhid dan Iman masyarakat Islam adalah melalui kaedah memasyarakatkan pendekatan dan cara kita. Kita harus dekat kepada masyarakat. Turunlah ke padang. Sesungguhnya General McAthur tidak akan mampu mengalahkan Jepun dalam WWII di Pasifik jika dia sendiri tidak pernah turun berperang di padang sasar. Samalah bagi SAW dan segala sahabah besar beliau. Abu Bakar dan Umar sentiasa berlumba-lumba untuk mendekati Umat, sehingga akhirnya Islam menjadi suatu fenomena di zaman mereka.

(26) Saya yakin, seandainya ciri-ciri professionalisma Islami Umat Islam Sarawak adalah tinggi, maka soal-soal karut marut politik, pengurusan, sosial dan ekonomi akan terhapus dan masyarakat Sarawak seluruhnya pasti akan mendapat barakah Allah. Sesungguhnya, Pak MeHIS harus memikirkan Islamic Human Capital Development yang meluas dan mendalam bagi merobah jatidiri Umat Islam Sarawak ke arah minoriti yang dibarakahi Allah. Sekadar membangun dan mengurus Masjid-Masjid, Surau-Surau, Sekolah-Sekolah Agama, Pejabat-Pejabat Agama di Bahagian dan Daerah, semua itu tidak mencukupi. Semua itu saya lihat sebagai unsur-unsur hard structure yang menjurus kepada riak. Saya belum nampak human touch dalam cara kita membina kekuatan Islam dan Ummah di Negeri Sarawak ini. Kita kian taksub dengan konsep remote management dan kian meminggir dari mendekati masyarakat. Sesungguhnya, Allah dengan segala kuasa yang ada padaNya, Dia tidak perlu datang kepada Muhammad SAW untuk mendidiknya pasal Al Quran, namun Allah mengutus Jibrail untuk mendidik Muhammad SAW. Kita seperti sudah lupa akan fitrah Allah sebegitu.

(27) Cabaran saya paling mudah kepada Pak MeHIS adalah Apakah kita tidak teringin untuk menjadikan Ummah dan Sarawak sebagai the Islamic State of Sweden, New Zealand atau Japan? Abang Johari mungkin kepingin untuk melihat Umat Islam Sarawak terbangun setanding manusia-manusia Singapura. Pak MeHIS perlu mengorak mlangkah berani, jika Umat Islam Sarawak mahu terus terhormat dan dipercayai. Kelestarian Umat islam Sarawak dalam apapun, sangat berpaksi pada modal bahawa kita adalah terhormat.

Kuching, Sarawak
21 June, 2016-6 June, 2017

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.